Punyalah Teruja Balik Kampung Beraya, Tak Sedar Tertinggal Isteri Tepi Jalan

Share

Punyalah Teruja Balik Kampung Beraya, Tak Sedar Tertinggal Isteri Tepi Jalan. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hara Raya, macam-macam ragam dan kerenah boleh terjadi.

Tertinggal Isteri Tepi Jalan

Seorang lelaki yang teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak sedar dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Adam itu menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang membonceng di bahagian belakang.

Tak Sedar Isteri Turun Motorsikal

Semasa dalam perjalanan, Adam berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.

Anak mereka yang membonceng motosikal kemudian bertanya di mana ibunya selepas mereka bergerak dengan agak jauh, menyebabkan Adam baru menyedari ketiadaan isterinya serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.

21 Panggilan Telefon Bimbit

Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.

Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam.

Mesti Baca:Badrul Muhayat Nikah Wanita Bekas Graduan Universiti Liverpool “Tidak Tahu Ajal Maut Di Tangan Allah, Usia Sekarang”
Baca Lagi Di Sini:Hafiz Buat Kejutan Raya, Hadiahkan Pekerja Kereta. 7 Tahun Setia Dari Syarikat Kecil Hingga Dikenali


Artikel Menarik:Rohana Jalil Kritikal Di ICU, Anak Mohon Doa Kesembuhan Buat Ibu Di Penghujung Ramadan

Mingguan Wanita: Macam-macam ragam. Punyalah teruja nak balik beraya, sampai boleh tertinggal isteri. Nasib baik perasan.

Sumber: kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab