Memang ramai yang mengeluh punyalah susah untuk dapatkan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini. Malah bila nak beli dekat shopee harganya bukan main mahal lagi.
Berbanding Kad Touch N Go yang biasa digunakan sebelum ini, kelebihan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini sangat memudahkan. Ia menjimatkan masa untuk membuat pembayaran secara online di app touch n go sahaja. Tak perlu beratur untuk tambah nilai di kaunter atau mana-mana kiosk, mahupun risau tak cukup baki kerana boleh ‘top up’ guna handphone di mana-mana.
Namun syarat utama, handphone yang digunakan kena ada teknologi NFC (Near Field Communication) dahulu, barulah ia boleh digunakan.
Punyalah susah nak dapatkan sekeping kad ni nak berebut dalam apps Touch N Go e-wallet. Nak beli dekat shopee, harga bukan main cekik darah masing-masing markup.
Ada alternartif lain lebih mudah.
Perasan tak, bila duduk ruang tamu, kipas terpasang tapi tak rasa apa-apa pun. Panas tetap sama saja. Bila tengok ke atas rupanya habuk penuh pada bilah kipasnya. Nak bersihkan kipas fikir dua tiga kali sebabnya terlalu tinggi.
Satu hal pula nak bersihkan kipas, dah tentu-tentu habuk akan berterbangan dan kotorkan lantai. Nak kena mop lantai pula.
Ada tak cara yang lebih senang untuk bersihkan kipas tanpa kotorkan lantai. Ini perkongsian daripada Ahamd Syahril yang cukup senang dan mudah untuk mak ayah lakukan di rumah.
Tak perlu risaua habuk berterabur di lantai, hanya gunakan seluar panjang terpakai atau yang sudah koyak untuk bersihkan kipas. Boleh cuba nanti.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tak semua orang mampu buat kabinet cantik bila masuk rumah baru, jadi nak cantik kan mata boleh DIY langsir table top guna idea Puan Syuki Cuki ini. Hasilnya sangat kemas dan paling penting jimat!
Untuk permulaan, mak-mak kena sediakan bahan-bahan dulu ya. Nak kena tahu dengan jelas jenis kain yang sesuai dan gam apa yang digunakan. Cuba godek kejap dan bincang dengan suami untuk projek cantik kan dapur rumah.
DIY Langsir Table top
Buat masa sekarang, tak mampu lagi nak buat pintu kabinet. Hanya ada table top je, kalau nak letak barang bawah table top tanpa ditutup memang akan nampak bersepah kan. So, saya buat langsir untuk table top.
Step untuk Langsir Tabletop:
1. UKUR
First step kena ukur dulu berapa ketinggian dan panjang table top. Sebelom pergi kedai kain, pastikan dah ada ukuran. Kalau nak buat langsir jenis ropol-ropol,lebihkan sikit panjang kain, jangan beli ngam-ngam! Tapi kalau nak buat langsir yang straight je, boleh beli kain ngam-ngam.
2. TENTUKAN MATERIAL
Kain boleh pilih nak jenis yang macam mana. Contoh: kain jenis jersey, kain langsir blackout, kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing-masing. Kalau nak langsir yang jenis flowy/nampak beralun cari kain yang lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri, jahit je sendiri, jimat! Kalau tak mampu, upah je tukang jahit.
3. VELCRO TAPE
Barang seterusnya yang diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side, satu side kasar, satu lagi side lembut. Yang kasar kena gam/tampal kat table top. Yang lembut, jahit pada kain. Mana nak dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kat kedai-keai alat jahitan, kedai barang pengantin, nagoya dan lain-lain. Saya beli kat nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je, murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ya.
Dan lagi satu tape ni ada banyak saiz, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilih ikut kesesuaian, jangan kecik sangat, takut tak kuat nak tampal pada kain nanti.
4. GAM DUNLOP
Barang seterusnya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yang kasar tu pada table top. Ada orang guna double tape, tapi saya suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak ada lah nanti pakai sekejap, dah jatuh langsir tu. Gam ni boleh beli kat kedai hardware. Contoh gambar kat bawah.
5. KERINGKAN GAM
Bila dah lekatkan bahgian tape velcro yang kasar tu, pastikan gam tu da kering dulu. Tekan-tekan sikit dengan benda yang berat supaya tape tu betul-betul lekat. Dah lekat dan gam betul-betul kering, ambil kain langsir yang dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pada table top.
Dah SIAP!!!
Mudah kan? Kalau nak letak renda-renda, riben, lace pun boleh. Ikut atas kreativiti ye. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 18 tahun lalu.
Jika zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
Fizikal Tembam Jadi Kecaman
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” terang Rosma ketika dijemput dalam MWLive baru-baru ini.
Tersalah Diet
Rosma yang pernah tersilap Langkah dalam mengamalkan diet semata-mata ingin turunkan berat badan sedar bahawa kini tiba masanya dia mendidik cara yang betul kepada pengikutnya.
Kini dirinya seringkali berkongsi dengan followernya agar mengikut diet yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan dan tidak menyeksa tubuh.
“Memang pada awalnya agak sukar untuk maintain berat badan. Berat turun, naik itu adalah memang proses yang normal dan setiap daripada kita perlu melaluinya.
“Apa yang penting adalah bersabar dan konsisten untuk turunkan berat badan. Selain jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat juga mampu mempercepatkan penurunan berat badan.
“Sekarang berat badan Rosma maintain dalam 48 atau 49. Bila lama-lama kita berdiet, kita akan faham sendiri badan kita. Automatik kita tahu apa yang boleh dan tak boleh. Proses ini dinamakan proses penyesuaian,” kongsi Rosma.
Rosma tahu ramai di luar sana yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu cara yang betul. Oleh hal yang demikian dia wujudkan grup telegram untuk membantu lebih ramai wanita yang ingin turunkan berat badan dengan cara lebih sihat serta selamat.
Tidak Sangka Terlibat Bisnes
Rosma akui pada awalnya dia juga tidak pernah menyangka akan terlibat dalam bidang perniagaan. Oleh sebab itu dia mengakui bahawa seperti mana orang lain, dia juga belajar dari bawah kerana langsung tiada pengalaman.
Mulanya menjual produk orang lain hinggalah mempunyai produk sendiri. Selepas setahun serius dalam bisnes, barulah pergi belajar dan fahami selok belok bidang perniagaan. Ketika itu barulah berani kembangkan bisnes.
“Perniagaan ini memang hanya kami berdua, dengan suami sahaja. Jatuh, bangun dalam perniagaan hanyalah kami berdua. Kemudian yang menjadi tulang belakang perniagaan kami adalah ahli keluarga sendiri sahaja yang sentiasa suntik semangat dan tolong “run” kan bisnes.
“Menjadi partner dalam perniagaan dengan suami, berbalah itu biasa tetapi kebiasaannya kami akan berbincang untuk mencapai kata sepakat. Jadi masing-masing akur jika keputusan yang diambil untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan bersama.
Selain produk pelangsiangan, Rosma dan khai juga dalam perancangan untuk mengeluarkan produk-produk lain dalam masa terdekat jika diizinkan Tuhan.
Rezeki Tidak Datang Bergolek
Menurut Rosma apa yang dikecapi hari ini bukanlah datang bergolek. Dia dan suaminya pernah melalui kesusahan dalam hidup, malah pernah mengumpul duit syiling, pernah juga merasa ada dua ringgit dalam beg duit dan paling teruk dalam bank tiada duit.
Pada ketika apa yang Rosma dan Khai lakukan adalah fikirkan cara terbaik untuk “generate” duit yang tinggal. Biar pun susah kami tak mudah berputus asa.
Saksikan video di bawah ini yang mampu memberi pengetahuan dan tip buat wanita yang ingin menempuh kehidupan yang lebih baik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.