Resepi air detox dari 4 jenis buah-buahan ini dibuat sendiri oleh Aniey Juhaini (Juhaini Haki). Gabungan buah lemon, oren, epal hijau dan merah ini menjadi resepi terbaik untuk membuang toksin dalam badan dan membantu mengurangkan lemak serta meningkatkan kadar metabolisme.
Cara nak buatnya pun tak susah. Hebat tak hebatnya, air detox ini boleh dibuat sendiri masa di pejabat. “Senang-senang boleh buat kat rumah sendirikan. Ini Kak AJ buat sendiri di opis sebab tak sempat buat di rumah
.” Mudahkan nak buat, sambil-sambil kerja pun boleh minum.“Resepi air detox untuk buang toksin dan paling best boleh kurangkan berat badan. Kak AJ dah lakukan memang berat badan turun sikit & badan rasa ringan je seharian.
Lemon : Dapat membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yg sama boleh mengeluarkan toksin yang terkumpul.
Oren : Membantu meningkatkan sistem Imun tubuh badan dan membantu penghasilan kolegen sebagai stuktur penting untuk kulit, tulang dan sendi.
Epal merah : Boleh mengurangkan risiko diabetis, memberi kesihatan jantung yang baik, meningkatkan fungsi Otak serta kekebalan tubuh.
Epal hijau : Boleh membantu menurunkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam badan dan dapat mengatasi masalah sembelit.
√ Jangan lakukan diet detox jika sedang hamil, menyusukan bayi, sudah berusia lanjut, mengalami tekanan darah tinggi, berat badan terlalu rendah, atau masalah khusus lain sebagaimana yang disarankan oleh doktor.
√ Pesanan di atas untuk mereka yang ingin mengamalkan minuman detox.
√ Minum air masak secukupnya supaya kita tak kena hydration (kekurangan air dalam badan).
Sumber/Foto/Video : Aniey Juhaini (Juhaini Haki)