Punyalah Mudah Cara Faezah Elai Hilangkan ‘Peha Bersayap’, Cuba Buat!

Share

Sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, kecantikan Faezah Elai semakin terserlah. Manisnya Faezah Elai yang berketurunan Punjab-Thai ini turut diwarisi dalam diri dua orang puteri ciliknya.

Kehidupan pelakon Faezah Elai sebagai anak seni berubah sejak dirinya menimang cahaya mata empat tahun lalu. Jarang muncul di kaca televisyen dan juga dalam media cetak kerana sibuk menguruskan anak-anak dan juga keluarga.

TIP HILANGKAN ‘PEHA BERSAYAP’

Berkongsi bagaimana cara dirinya kekal langsing dan cantik, menurut Faezah Elai menguruskan anak-anak yang sedang lasak dengan tugas hariannya sebagai suri rumah memberikan dirinya kelebihan untuk kekal langsing. Selain itu Faezah turut mengakui ada menggunakan produk pelangsingan badan keluarannya sendiri iaitu Slendefit.

 

 

“Semasa anak pertama berat badan saya tak naik kerana Dealova menyusu ibu sehingga usianya setahun lebih tapi apabila anak kedua tidak menyusu, badan saya naik. Risau dengan keadaan itu, jadi saya ambil keputusan untuk mencuba Slendefit ini. Dalam tempoh setahun saya dapat kembali bentuk badan yang ideal. Daripada situlah saya mula menggunakannya dan saya pasarkan sebagai salah satu produk keluaran saya selain Purest, produk kecantikan saya sebelum ini.

 

 

“Selain penggunaan produk tersebut, saya juga amalkan banyak minum air. Satu lagi rahsia saya kekal begini kerana menjaga anak-anak kecil saya yang lasak. Jadi memang itu salah satu sebab faezah jadi kurus. Tak ada amalan atau petua lain yang saya amalkan.”

KURUS PUN SEBAB ANAK AKTIF

Faezah mengakui aktiviti seharian dalam menjaga dua cahaya mata termasuk tiga anak tirinya yang semakin membesar membuatkan dia sentiasa aktif.

Kedua-dua anaknya Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrinna, 1  sangat aktif dan lasak. Urusan anak-anaknya diuruskan sendiri walaupun mempunyai pembantu. Menurutnya pembantu itu  hanya menolong uruskan hal-hal rumah yang lain.

 

 

 

“Saya terlalu sibuk jaga anak-anak, mereka semua sedang membesar dan terlalu aktif terutama anak saya Dealova dan Aurora.”

Pelakon itu turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 17, Sarah, 15, dan Luq Adam, 7.

Published by
Shahar