Jangan sampai jadi macam ini ya mak ayah. Kita beria cari duit nak cukupkan keperluan makan minum anak-anak, sehingga sibuk benar waktu 24 jam yang ada. Dalam tak sedar sibuk cari nafkah itu, rupanya anak-anak di rumah lapar perhatian mak ayahnya.
Mak ayah hidangkan lah gajet sebagai jalan penyelesaian untuk mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan ketika bekerja. Hadam baik-baik apa yang Parenting Writer di TheProParenting, Wawa Shauqi ini kongsikan.
Jangan sampai kita menyesal bila anak dah besar. Masa itu bila anak minta haknya, kita tak mampu dah nak kata apa. Hmm…
Mungkin ramai yang tak tau.
Saya membesar tanpa seorang ayah. Saya mula bergelar anak yatim, selepas ayah pergi dalam satu kemalangan jalan raya pada usia saya 2 tahun. (Al-Fatihah untuk beliau)
Kalau nak tanya berkenaan memori, sejujurnya, hanya ada 2 memori yang samar-samar. Kosongkah jiwa saya?
Alhamdulillah tak. Saya bertuah sebab ramai ahli keluarga yang sudi menjaga.
Malah saya MUNGKIN lebih bertuah dari kanak-kanak lain. Yang ada mak dan ayah, tapi tak dapat rasa keberadaan mereka. Ibarat hidangan kegemaran ada di depan mata, tapi tak dibenar untuk menjamah.
Pedih kan?
Apa yang lebih pedih, interaksi ibu dan ayah dengan anak cuma waktu nak marah, atau waktu nak menyuruh. Dan lebih pedih, bila perhatian yang anak perlukan, lebih banyak kita sedekahkan kat gajet.
Allah.. Allah… saya juga seorang ibu. Maknanya saya juga berisiko jadi parents yang begini.
Nauzubillah…
Tau tak?
Talian Nur 15999 tu, dalam setahun ada 264 panggilan dari kanak-kanak. 149 daripada kanak-kanak tu buat panggilan sekadar untuk bersembang.
Ya, sekadar sembang kosong. Jiwa mereka tercari-cari. Emosi mereka tidak dipenuhi. Ada masanya, terpaksa raih perhatian pada orang luar. Yang lebih scary bila perhatian itu diberi oleh orang yang salah.
Kalau kita rasa ‘Alah tak apa. Anak kecik lagi. Dia tak tau apa. Waktu anak kecik ni kita kerja kuat.’
Jangan lupa satu perkara!
5 tahun pertama anak-anak adalah tempoh paling kritikal. Tempoh yang paling penting untuk kita bina ‘connection’ dengan anak. Kerana itulah tempoh perkembangan emosi dan kognitif anak berlaku dengan begitu pesat.
Apa jadi bila perkembangan emosi itu tak kita penuhi? Dikhuatiri mereka diancam dengan masalah mental.
Tahu tak?
National Health and Morbidity Survey (2015) merekodkan, 600,000 dari kanak-kanak 5 hingga 16 tahun, menderita dengan masalah mental. Yang mana sebahagiannya mengalami kemurungan.
Allah… Saya sangat takut.
Moga ini jadi ingatan kita bersama, untuk kembali mainkan peranan kita.
Kita ni sentiasa sibuk pandang tinggi orang lain.Tanpa kita sedar anak kita sendiri memandang tinggi pada kita. Kita sentiasa sibuk nak mencari sumber kewangan buat memberi makan anak kita, tanpa sedar kita dah biar anak kita laparkan perhatian.
Sepenat mana pun kita, simpan sedikit tenaga untuk berada bersama mereka.
Anak takkan ingat berapa banyak duit yang kita habiskan untuk mereka. Mereka cuma ingat banyak mana memori yang kita buat dengan mereka.
To be in your children’s memories tomorrow, you need to be im their lives today.
Cipta memori indah sebanyaknya dengan mereka.
Masa takkan dapat kita putar kembali. Setiap minit anak makin membesar. Sesibuk mana pun kita membina kerjaya, jangan lupa kerjaya sebenar kita sebagai ibu dan bapa.
Anak ini bukan sekadar anugerah kan?
Mereka juga amanah kan?
Waktu belum ada, bersungguh kita meminta padaNya. Bila dipinjamkan, kita tak jaga sebaiknya.
Jangan sampai bila anak dah besar, kita ditampar dengan soalan petir dari anak,
”Waktu saya kecil, ayah tak ambil tau pun pasal saya. Apa hak ayah untuk campur tangan bila saya dah besar?”
Nauzubillah…
Allah… Jadikanlah yang membaca dan share post ini ibu ayah yang bertanggungjawab. Jadikanlah kami ahli yang membina keluarga sakinah. Keluarga yang membina bahagia di dunia dan di akhirat.
Sumber/Foto : Wawa Shauqi @TheProparenting t.me/wawashauqi
#bepatientnotperfect parents
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.