Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Ads
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
Ads
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
Ads
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Percaya atau tidak, penyanyi tersohor Beyonce Knowles dituduh ahli sihir kerana mengamalkan ilmu hitam.Bekas pemain dram wanita penyanyi Beyonce, Kimberly Thompson, dilaporkan menuduh penyanyi itu mengamalkan sihir secara ekstrem, mengintip telefonnya malah sanggup membunuh anak kucing.
Tuduhan itu dinyatakan bekas pemain dram band Beyonce, Kimberly Thompson ketika membuat permohonan perintah larangan mahkamah terhadap penyanyi berkenaan. Kimberly mendakwa penyanyi berusia 37 tahun itu sering mengganggunya dengan menggunakan sihir.
7 Tahun Bekerja Dengan Beyonce
Menurut The Sun, pemain dram itu bekerja untuk Beyonce selama tujuh tahun.Tuduhnya lagi, penyanyi lagu Lemonade itu membunuh kucing peliharaannya, meletakkan alat pengintip dalam telefon dan mengawal kewangannya.Bagaimanapun, pemain dram itu tidak menyatakan sebab Beyonce bertindak sedemikian.
Selain itu, Kimberly turut menuduh isteri Jay Z itu mencuri harta intelek dan cakera keras komputer selain menjejaskan hubungan peribadinya.
“Semua pertuduhan itu adalah benar dan saya dapat mengharunginya,” katanya kepada The Blast.
Difahamkan hakim sudah menolak permohonan Kimberly kerana tidak mempercayai Beyonce menggunakan ilmu hitam untuk mengawal kehidupan wanita itu.
Setakat ini, pihak Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap tuduhan Kimberly .
Dalam perkembangan lain, Beyonce bersama suaminya, Jay Z sibuk dengan jelajah konsert On The Run di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.Pasangan berkenaan akan menamatkan jelajah mereka di Seattle pada 4 Oktober ini.
Tunggu kenyataan balas oleh pihak Beyonce nanti. Apa pun agak sukar untuk mempercayai artis antarabangsa yang berjaya mengamalkan sihir dalam kehidupan.
Watie dituduh mandul, baru tiga bulan kahwin Shuib & akui merancang keluarga buat masa ini. Hari ini netizen menjadi hakim di media sosial. Langsung tidak sensitif dengan sesetengah isu, ada sesetengahnya mempunyai jiwa yang rosak.
Rosak kerana sakit hati melihat orang bahagia, rosak jiwa kerana cemburu orang ketawa serta pelbagai hal lagi. Terkini isteri Shuib, Watie Hanifah menjadi mangsa serangan seorang individu yang menulis komen berbaur sakit hati dan sensitif iaitu hal berkaitan anak.
Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib
Mengakui baru tiga bulan berkahwin iaitu pada 23 Jun lalu dan merancang keluarga buat masa ini, dirinya ditohmah sebagai mandul hanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika tidak dikurniakan rezeki anak sebaliknya akan memberi tumpuan membesarkan empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Dilihat sering berkongsi kebahagiaan dirinya dan keluarga di media sosialnya, Watie bagaimmana pun tidak melenting bila dituduh mandul oleh individu tersebut di instagramnya.
“Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.
Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”
Walau dihentam individu tersebut, jawapannya masih rasional.
“Saya baru 3 bulan berkahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalua Allah bagi Alhamdulillah & kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur. Sebab ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.
“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak. Kalau baik, baiklah untuk awak juga,” katanya.
Menakutkan! Bila seorang ibu sanggup beri anaknya hisap syabu. Dia selayaknya digelar ‘Ibu Dari Neraka’. Ini kisah benar betapa berbahayanya sejenis dadah yang dipanggil syabu. Dan dadah jenis syabu inilah yang menjadi ancaman anak-anak sekolah.
Pendedahan Pegawai Antidadah di AADK Daerah Kuching, Sarawak, Nadia Hazmi tentang mudahnya dadah jenis syabu ini didapati benar-benar mengejutkan. Malah ia boleh diperoleh secara online! Sebab itu mak ayah.. penting untuk kita memeriksa BEG SEKOLAH ANAK!
“Pernah digegarkan satu ketika dulu, satu video seorang anak kecil dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! sori, tak layak kot dipanggil ibu tapi xxxxxx.
“Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bagi seorang penagih syabu.
“Dalam banyak-banyak dadah yang k.Nad kenal dalam dunia penagihan ni, Syabu dadah paling GILA! Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yang Betul menjadi Salah, yang Salah menjadi Benar.
“Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes-kes jenayah pelik yang berlaku sekarang ini. Semuanya hasil dari graduasi syabu.”
Kenapa Kena Kenal Tools Pengambilan Syabu
Ni k.nad nak ajar. Rupa tools atau peralatan yang diguna dalam pengambilan syabu atau nama kampungnya yang popular kat Sarawak ni.. BATU. Juga ICE/ KACA/ KRISTAL.
“Sekarang ni semakin murah dan semakin mudah didapati.”
Sebab apa? Sebab ia boleh diproses di belakang rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia. “RM5 PUN DAH BOLEH DAPAT. Budak-budak sekolah pun senang beli dan dapat kat online.”
Jadinya, sebagai mak ayah. RAJIN-RAJIN LAH CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak.
Kalau ada barang macam dekat atas tu, tu bukan la radas-radas dari makmal sekolah yang anak curi bawa balik untuk ulangkaji. Tapi ni la tools untuk ‘chase’ isap syabu.
Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat. Tengok sama cita pasal dadah kat youtube tu banyak sikit.
Kesan Syabu Cukup Pantas!
Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh, baru sibuk-sibuk nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yang sebabkan lukis rapat-rapat sangat golden triangle tu jadikan dadah mudah masuk ke rumah makcik.
Nak bagitau juga, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dalam 2-3 tahun je. Gila tu kalau jadi ahli syurga tak apa juga.
Tapi gila yang ini menyusahkan anak bini, mak ayah dan seluruh dunia.
“Yang dah makan batu ni, kalau masih waras, sudah-sudahlah. Walaupun ulat dalam batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan orang dan tak tergamak bagi anak dia hisap dadah juga.”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...