Jika selalu coconut shake kita nikmati dalam bentuk minuman, rupanya ia jugak boleh dijadikan perisa bagi Aiskrim Malaysia. Rasanya yang sedap lemak manis, terasa gigitan isi kelapa yang dikisar malah cukup lembut dan gebu.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri perisa aiskrim coconut shake ini di rumah untuk anak-anak, mahupun dibuat niaga untuk pendapatan sampingan, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norhafiza Othman ini.
“Aiskrim Malaysia perisa coconut shake gitu haaa nama dia… Saya sertakan resepinya di bawah”
Air kelapa serta isinya
Air kosong
1 tin Susu cair
1 tin Susu pekat
Gula ikut kesesuaian
secubit garam
2 sudu besar Ovalette
1 senduk tepung jagung dan tapis
1. Asingkan isi kelapa. Pastikan isi kelapanya janganlah terlalu muda. Kalau rajin buangkan yang koko-koko tu. Tak rajin hentam sahaja la, basuh bersih dan toskan.
2. Isi kelapa tadi kita blendkan dia. Jangan terlalu hancur. Bila tergigit isi baru rasa..walllaaaaaa gitu.
3. Campurkan air kelapa,air,susu cair,susu pekat,garam,gula dan gaul dulu.
4.Kemudian ambil sedikit campuran ini blendkan dengan ovalette.Lupa pulak nak snap gambar yang cantik gebu lepas blend.
5. Masak atas api..pastikan periuk yang digunakan suci murni dari segala bau. Kalau guna periuk kuah laksa, rasakan sendiri coconut laksa.Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung.
4.Pastikan kacau selalu agar tidak hangit bahagian bawah jadi macam tu.
5.Sejukkan bolehlah dibungkus ikut kerajinan anda.. kalau nak lagi gebu sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan..mixer sampai gebu gebas.
Sukatan tak payah risau agak-agak je masak lepastu rasa. Tak cukup manis tambah gula. Nak buat ais kenalah manis, kalau manis-manis buah nanti bila dah beku jadi tawar.
Semoga bermanfaat buat semua.
Baca lagi di sini: Cara Mudah Buat Aiskrim Malaysia Paddle Pop Sedap, Guna Serbuk Dadih
MW: Menariknya Aiskrim Malaysia perisa coconut shake ni. Sangat gebu, sedap, sejuk terus terasa di anak tekak. Boleh buat sendiri di rumah untuk anak-anak ikut resipi yang dikongsikan, nak berniaga pun boleh sangat.
Sumber: Norhafiza Othman