Waktu bercinta boleh bercantik-cantik, tak kan lah bila dah kahwin perempuan itu jadi malas nak melawa untuk suami?
Haaa… bab ini kena betulkan balik, bukan tak nak bercantik bagai tetapi kebanyakan wanita yang dah jadi isteri memang tak sempat nak uruskan diri sendiri dek kerana sibuk dengan hal rumah tangga dan mencari duit poket tepi.
Lebih dekat lagi, anda boleh cuba selami perkongsian Ustaz Ebit Lew ini…
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya.
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Ads
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibu ayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Ads
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah… itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
Ads
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk. Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumah tangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mak-mak yang masih belum bersedia nak menerima anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk elak daripada hamil dalam masa terdekat. Tetapi kalau ada golongan perempuan yang belum berumah tangga ambil pil perancang, ceritanya jadi macam mana, ya?
Ok sebenarnya ada ilmu berkait dengan pil perancang yang mungkin kita tak tahu, untuk lebih jelas baca perkongsian Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini…
Secara ringkas dan tak menulis karangan panjang, aku ingin beritahu bahawa PIL PERANCANG ADA LAIN KEGUNAANNYA, SELAIN UTK MERANCANG. Orang putih kata ” Non- contraceptive uses of oral contraceptive pills ”
Jadinya stigma seperti ” Orang belum kahwin pun dah makan pil perancang…apa nak jadi “…atau ” Budak sekolah pun dah makan pil perancang ! ” ..perlu lah kita buang jauh jauh ke dalam lombong.
Kegunaan lain pil peracang ialah:
1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yg teruk / PMS.
2- Untuk mengawal haid yg heavy bleeding / haid yg panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yg tunggang langgang
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal
Sebab pil perancang ni ada hormon dan cara ia berfungsi dengan mengawal atur hormon perempuan, maka tak boleh nak bagi satu nasihat menyeluruh /general advise kepada satu satu pertanyaan. Each individual tu unik.
Jadi kalau anda nak ambil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda..kena bincang face to face, dan kalau perlu buat test (seperti ujian darah & ultrasound sistem peranakan).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hilang selepas dihantar bapa ke stesen bas, selepas tiga tahun anak ditemui dalam keadaan kebingungan. Apalah yang dilalui wanita ini sepanjang kehilangannya masih menjadi tanda tanya.
Berbaloi usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarga dan akhirnya membuahkan hasil pabila anak yang selama ini hilang daripada pandangan mata ditemui masih bernyawa.
Selepas Tiga Tahun
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan.
Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu, ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.
Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.
Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut,” katanya.
Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.
Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.
Jelas Mohd Suhaimi, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.
“Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa,” katanya.
Benarlah kata Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) MA Early, “kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.”
Jadi, bagaimana sebagai mak ayah mahu melunaskan misi membawa anak ke masjid dengan tenang dan damai. Tanpa perlu mengherdik anak agar duduk setempat. Dan tanpa perlu menahan hati dari melihat jelingan tajam jemaah lain yang berbaur-baur emosi dalam hati mereka itu.
Kerana inilah sifat kanak-kanak, “Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.”
“Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.”
Sebelum Bawa Anak Ke Masjid, Mak Ayah Pastikan..
Jadi mak ayah, apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:
1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.
Elak Mengherdik, Biar Anak Jadi Biasa Dengan Masjid
ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.
Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.
MW: Semoga tip ini membantu memudahkan urusan mak ayah membawa anak-anak ke masjid sepanjang Ramadan ini.