Bercakap tentang poligami, isteri dah rasa panas dan serba tak kena. Sedangkan suami tentu rasa seronok bila bercerita bab-bab ini. Tetapi, ditakdirkan mempunyai madu, pasti tiada siapa yang dapat menduga.

Sesetengahnya mengatakan madu itu hempedu, pahit untuk ditelan. Penerimaan mungkin akan mengambil masa, tanyalah mana-mana isteri yang mempunyai madu.

Namun, bagi Mohd Noorsali Jamaludin dan dua isterinya, Norsharina Shahdan dan Raniati Abdul Karim, mereka mampu jalani kehidupan seperti biasa, malah kehidupan madu ini umpama kawan baik, ke mana sahaja pasti bersama dan punyalah baik, semasa bercuti pun mereka tinggal sebilik.

Punyalah Baik Dengan Madu, Pergi Bercuti Pun Sebilik
Keluarga besar Noorsali

Mohd Noorsali Jamaludin:

IKLAN

“Sebenarnya, saya tidak pernah merancang atau ada perancangan dalam diri untuk berisiteri dua. Tetapi, apa yang terjadi ini disebabkan jodoh kami…”

“Tentang keadilan itu, perlulah sama adil tetapi mungkin isteri pertama ada lebih sedikit.

Dari segi rezeki, saya pasti rezeki sentiasa ada, jika kita lakukan perkara yang betul dan menjaga hak isteri-isteri…”

Punyalah Baik Dengan Madu, Pergi Bercuti Pun Sebilik

Raniati Abdul Karim (Isteri Pertama):

“Awalnya saya tidak dapat menerima kenyataan ini tetapi bila hati kita Allah yang pegang, saya boleh terima dan reda.

“Pernah madu datang berjumpa saya untuk berbaik-baik dan saya cuba untuk menggelak, tapi sampai bila. Saya bawa madu jumpa keluarga dan mereka juga dapat terimanya…”

Norsharina Shahdan (Isteri Kedua):

IKLAN

“Kenal suami semasa cinta monyet lagi. Jodoh pertemukan kami dan sanggup menjadi isteri kedua. Bila madu saya berpindah ke Seremban, kami semakin baik dan rapat. Hinggakan pergi bercuti pun kami sebilik…”

“Tidak dinafikan, isteri kedua perlu banyak bersabar dan jangan merengek lebih. Kita kena fikirkan pasal hak isteri pertama…”

Punyalah Baik Dengan Madu, Pergi Bercuti Pun Sebilik

Walau bagaimanapun, dalam menentukan hak-hak isteri kedua, sebenarnya ia tidak ada beza dengan isteri pertama. Hak-hak itu untuk isteri dan suami perlu bertanggungjawab. Hak dari segi keadilan, nafkah, giliran dan sebagainya.

IKLAN

Namun begitu, jika pasangan yang kahwin di luar negara dan belum mendapat sijil sah oleh jabatan agama islam masing-masing, jangan fikir boleh menuntut hak-hak itu di mahkamah. Jika adapun, ia mengambil masa yang lama untuk diproses. Itu yang dikatakan oleh Faizalludin Mohamat Yussuff, Peguam Syarie.

Punyalah Baik Dengan Madu, Pergi Bercuti Pun Sebilik

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang topik hangat ini, saksikan ulangan Mingguan Wanita
talkshow pada jam 8.00 malam di Astro Prima 105dan Prima HD 121 yang dihoskan oleh Siti Elizad, Norman hakim dan Erra Fazira.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI