Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Seksanya nak mengupas limau kasturi tu..mau sebaldi dah air liur bertakung.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Amal PETUA Perahan Limau Kasturi+Kicap, Elok Serasi BATUK Cepat Sembuh!
Baca Lagi Di Sini:Sembur ‘Baja Yakult’ Pokok LIMAU KASTURI Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
Artikel Menarik: Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Sumber: Aisyah Zulaikha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.