Punca hidup tak bahagia ada pelbagai sebab. Hidup ini mudah, jika kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat Allah walaupun sebesar zarah, nescaya kita akan bahagia. Sebaliknya jika mak,ayah sentiasa menbandingkan hidup ini dengan orang lain kononnya lebih kaya, lebih senang dan lebih hebat, pasti jauh rasa “bersyukur” itu nak sampai.
Punca tak bahagia ada banyak. Tahukah mak,ayah antara punca hati tidak tenang, punca kita tak bahagia adalah apabila kita tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita. Astaqfirullahalazim….
Dugaan terbesar jadi manusia ni, adalah susah sangat nak bersyukur.
Mungkin kita kata, kita sudah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Sudah itu… macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?
Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras.
Benda-benda yang ulama’ kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ini kejarkan sangat kan. Astaghfirullah.
Ads
Merasa Orang Lain LEBIH
Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure.
Nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?
Nampak orang famous tayang itu, ini dekat media sosial kita pertikaikan kenapalah hidup orang lain ‘seems perfect’ saja?
Nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik saja tak tantrum, kita pun cakap; “Untungnyalah… Dahlah muka cantik, kaya, suami handsome, anak lawa-lawa”
Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!
Ads
Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di ‘atas’ kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.
Kurang Bersyukur, Punca Hati Tak Tenang
Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia?
Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.
Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula. Astaghfirullahaladzhim.
Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga.
Ads
Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).
Kena Selalu Berdoa
Jomlah kita sama-sama selalu berdoa..
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberian-Mu.”
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
MW: Sebaiknya setiap daripada kita bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah berikan. Sentiasalah memandang ke bawah kepada mereka yang tidak punya apa-apa daripada hanya memandang ke atas. Setiap yang berlaku pasti ada asbabnya.
Tutup aurat pun boleh kelihatan cantik, benarlah apa yang dikatakan oleh pelakon dan pelawak Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Seperti mana perkongsiannya, Noorkhiriah akui wanita yang menutup aurat juga sebenarnya kelihatan cantik.
Tutup Aurat Pun Boleh Kelihatan Cantik
Menurut Noorkhiriah sebenarnya wanita yang menutup aurat pun boleh kelihatan cantik namun dengan cara kita sendiri. Malah apabila aurat ditutup, diri akan rasa dilindungi dek kerana banyak yang tersorok dari pandangan.
Malah bagi wanita yang baru hendak berhijrah dengan mengenakan hijab, kuatkanlah hati dan iman kerana zaman media sosial kini, sudah tentu banyak cabarannya kerana ramai yang mahu pamerkan kecantikan dan keindahan yang dimiliki.
Noorkhiriah juga berpesan mereka yang ingin berubah, berubahlah kerana Allah SWT.
“Assalamualaikum untuk ingatan kita bersama, pada sesiapa yang nak berubah dari kepokan manja gulungan kasih rambut kepada tutupan habis.
“Perkara yang paling kuat adalah hati dan iman (akak pun tak kuat mana) sebab dalam zaman medsos semua cantik belaka ni sangat mcabar.
“Siapa tak nak share cantik dengan semua, sedangkan sebenarnya menutup aurat pun boleh kelihatan cantik cara kita. Tapi kena betulkan niat, kadang-kadang yang berbungkus memudahkan kita dalam pelbagai hal, rasa dilindungi, kadang-kadang tak ada siapa kisah pun sebab banyak yang tersorok dari pandangan.
Kuatkan Hati
“Perlahan-lahan, tapi jangan perlahan sangat takut tak sempat. Kuatkan hati, perkara yang Allah suka memang banyak cabarannya tapi inshaAllah hujung-hujung indah.
“Sesamalah kita mendoakan sapa saja yang nak berubah kerana Allah.
1 Kebaikan 1 Sunnah
“Allah sayang kita maka kita kena sayang Allah. Memula memang panas, rimas, tak selesa lama-lama best. Betul, doakan akak yang kadang-kadang kelaut ni.
“Sempena Maulidur Rasul, jom kita berazam untuk membuat 1 kebaikan pun jadilah untuk diri kita sendiri. 1 kebaikan 1 sunnah, Salam Maulidur Rasul,” nasihat Noorkhiriah.
Menerusi perkongsian tersebut, pengikut laman sosial Noorkhiriah memberikan respons yang cukup positif malah berterima kasih dengan nasihat yang diberikan.
jimatbyi60
betul sangat pasal tak sempat tu. tak tahu bila kita akan di jemput nya kan. terima kasih atas perkongsian. salam maulidul rasul.
im_yantee
btl dulu ms nk pakai stokin, nak pakai inner sock tudung labuh rasa payah nk buat panasla mcm2 rasa ni sbb kita tk biasa bila dah biasa alhamdulilah dengan sendiri kt akan ingat nk buat baik allah akan bg kt kuat semangat
amiramz90
suka baca pesanan akak ni. terima kasih kak ingatkan sesama kita
asmayatiebidin
subhanallah alhamdulillah allahuakbar ..salam maulidur rasul … lawa semua pakaian akk khriah..t kasih atas kata kata yg di kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu menasihati dan mengingatkan kami.. alhamdulillah syukur…
Benarlah kata orang, jika kita sentiasa berbuat baik pada orang tua, perjalanan hidup sentiasa diberkati. Ibu bapalah orang yang paling berjasa untuk anak-anak dan tidak mungkin anak-anak mampu membalasnya.
Begitulah yang diceritakan kali ini. Nazim, seorang anak kampung yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang, mendapat pekerjaan yang hebat dan tinggal di bandar raya yang besar.
Balas Jasa
Bak kata orang, bila sudah berjaya dan dikelilingi oleh orang yang kaya raya tentu akan timbul rasa malu bila bertanyakan tentang orang tua. Kadang-kadang, ada anak yang sanggup mengatakan ibu bapanya sudah meninggal dunia, semata-mata tidak mahu kawan-kawan tahu tentang latar belakangnya.
Berbalik pada Nazim, walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap dan kawan-kawan yang boleh dikatakan berpangkat tetapi Nazim tidak sedikit pun malu untuk menceritakan latar belakang dirinya yang berasal dari keluarga miskin.
Pernah satu masa, dia berkenalan dengan seorang gadis bernama Ayu. Dalam tempoh mengenal hati budi itu, Nazim tidak malu untuk memberitahu tentang keluarganya di kampung. Dia juga pernah membawa Ayu untuk berkenalan dengan orang tuanya dan hidup cara di kampung.
Malangnya, Ayu tidak dapat menerima semua itu. Selepas pertemuan dengan orang tua Nazim, Ayu terus berdiam diri dan tidak bertanya khabar. Mungkin tidak sanggup untuk hidup di kampung.
Bagi Nazim, ia langsung tidak membuatkan dia sedih kerana apa yang dia fikirkan adalah kebahagiaan untuk orang tuanya.
Boleh dikatakan Nazim seorang anak yang sangat baik, sentiasa bertanya khabar tentang orang tuanya, setiap bulan pasti akan dihantarnya duit perbelanjaan untuk mereka di kampung.
Umur Tidak Panjang
Benarlah kata orang, anak yang baik Allah akan jaga supaya dia tidak bergelumang dengan dosa. Usia Nazim tidak panjang. Pada usia 30 tahun, dia memiliki segalanya dan kehidupan yang dia ada itu didambakan untuk orang tuanya.
Suatu hari, semasa pulang ke rumah selepas habis kerja, dia dilanggar oleh sebuah lori. Akibatnya dia meninggal di tempat kejadian. Orang yang paling bersedih adalah orang tuanya. Masakan tidak, dialah menjadi harapan dan banyak membantu keluarga di kampung.
Jenazahnya di bawa ke kampung untuk disemadikan di situ. Dalam menguruskan jasad Nazim, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah. Lebih mengharukan apabila mayatnya kelihatan tersenyum dan bercahaya. Sungguh dicemburui oleh tetamu yang datang.
Permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik. Itulah yang boleh dikatakan apabila berbuat baik pada orang tua. Malah, orang tua Nazim tidak menafikan bahawa sepanjang hidup Nazim, dia seorang anak yang cukup baik, tidak pernah sekali meninggikan suara mahu pun mengeluh dengan apa yang ada. Wallahu A’lam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak kiralah dengan sesiapa pun, jika mak, ayah buat salah cepat-cepat minta maaf. Beralahlah walaupun bukan kita puncanya semata-mata untuk memulihkan hubungan. Tidak salah rendahkan ego dan meminta maaf.
Hari-hari kita buat salah dengan Allah. Hari-hari pula kita merintih merayu supaya Allah ampunkan dosa kita. Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa malu.
Namun, itu tak sesekali menjadikan kita manusia hina. Bahkan kita jadi lebih mulia. Bahkan ia mengangkat darjat dan martabat kita di sisi-Nya.
Ada kala kita buat salah dengan manusia secara spesifik. Kita kena cepat-cepat minta maaf dan mengaku salah kita. Takut nanti tak sempat. Takut nanti ada salah seorang daripada kita yang mati dulu.
Jangan dipelihara rasa sombong dan ego kita. Beralahlah walaupun ada kalanya kita bukanlah puncanya pun. Itu akan memulihkan hubungan kita yang mungkin retak jika dibiarkan berlama-lama.
Minta Maaf dan Mengaku Salah
Terkadang juga kita buat salah dengan manusia secara umum. Tambah pula kalau kita ini figura masyarakat, selebriti, ahli politik dan tokoh agama.
Usah dibelit-belit lagi jika ternyata memang ianya salah kita. Usah dicari-cari dalil dan dalih untuk membenarkan tindakan kita. Sehingga kita terpaksa berbohong ke sini dan ke sana.
Yang salah itu salah. Walau macamana caranya sekalipun kita berusaha untuk justify, ia tetap salah.
Jangan cari salah orang untuk tutup salah sendiri. Sampai tergamak tuduh orang sana sini. Hingga tak tersedar boleh jadi fitnah dan caci maki.
Jangan salah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan diri. Tafsir dan hurai ikut sedap hati. Reka dan tokok tambah fakta ikut nafsu. Itu namanya menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Jangan petik hadis Nabi Muhammad SAW untuk sokong kelemahan diri. Pusing sana, sini juga supaya kena dengan kita dan selera kita. Selongkar juga sampai tak kira sudah hadis tu apa statusnya. Ini memang perbuatan terkutuk lagi terkeji.
Mengaku salah. Minta maaf. Jangan diulang lagi. Itu saja caranya.
Orang yang suka mengaku salah, itu orang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
#KAB
MW: Ternyata orang yang mengaku salah dan sering meminta maaf adalah orang yang hebat. Percayalah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...