Punca Hanya Selesema, Sebab Mak Degil Tak Mahu Vaksin Anak Meninggal

Share

Setakat ini vaksin adalah cara paling efektif untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Oleh sebab itu, anak kita perlu divaksin agar bukan sahaja kesihatannya terjamin, dalam masa yang sama menjamin kesihatan orang sekeliling.

Sekarang ini bermacam-macam virus, lagilah mak-mak perlu berjaga-jaga. Malahan ada mak-mak yang berkemampuan sanggup mengeluarkan bajet untuk mendapatkan vaksin tambahan agar anak-anak selamat dan dilindungi. Semua mak-mak sayangkan anak-anak kan.

Jangan pula akibat terlalu taksub, akhirnya anak yang hanya menghidap selesema dibiarkan meninggal dunia. Gara-gara mak yang degil tak mahu vaksinkan anak.

Tak Dengar Nasihat

Di Clarado, akibat kedegilan si ibu enggan mendengar nasihat pakar perubatan yang menyarankannya mengambil vaksin untuk anaknya, dia kini dirundung kesedihan kerana anaknya meninggal dunia selepas tidak pulih daripada selesema berlarutan.

Anaknya yang berusia empat tahun itu maut selepas ibunya dipercayai enggan mengambil vaksin Tamiflu yang disarankan doktor.

Malah, doktor berkenaan turut menyarankan seluruh ahli keluarga wanita itu mengambil vaksin yang dicadangkan memandangkan dua daripada empat anaknya turut berdepan masalah selesema.

Bagaimanapun, wanita itu memilih untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan antivaksin di media sosial.

Gunakan Penyembuh Semulajadi

NBC News melaporkan, kanak-kanak itu belum didiagnosis sebarang penyakit tetapi menghidap demam dan sawan.

Doktor mahu kami mengambil tamiflu tetapi saya enggan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook antivaksin.

Menurut laporan itu, terdapat 45 komen di hantaran yang dibuat ibu berkenaan namun, tidak ada satupun yang mencadangkannya mengikut saranan doktor.

“Ibu itu mendakwa dia menggunakan ‘penyembuh semula jadi’ untuk merawat anak-anaknya termasuk menggunakan minyak pepermin, vitamin C dan lavender namun, tidak berkesan.

“Dia kemudiannya meminta cadangan lain daripada kumpulan berkenaan dan ada yang menyarankan susu ibu, daun thyme dan sejenis beri yang tiada sebarang bukti perubatan merawat selesema,” kata laporan itu.

Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia empat hari kemudian.

Ubat Antivirus

Tamilflu adalah ubat antivirus khas bagi merawat selesema dan ketika ini musim kanak-kanak mendapat penyakit itu agak tinggi.

Pakar pediatrik menganggarkan kadar jangkitan selesema sekarang lebih tinggi daripada biasa iaitu 68 kanak-kanak dilaporkan maut mengikut perangkaan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.

Kajian oleh American Academy of Family Physicians mendapati 59 peratus daripada ibu bapa mengatakan anak mereka tidak mengambil vaksin berkenaan berikutan menerima maklumat salah atau salah faham.

Sumber: Harian Metro

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dan jangan sesekali terfikir untuk menolak vaksin anak-anak. Zaman sekarang pelbagai virus dan penyakit di mana-mana, jadi diminta mak, ayah berhati-hati dalam melindungi kesihatan anak. Anak adalah amanah Allah untuk kita semua.

Artikel Berkaitan:

Jangan Panik, Ambil Vaksin & Belajar Dari Kesilapan Sendiri Jaga Kebersihan

Vaksinasi Boleh Melindungi Individu-Individu Berisiko Tinggi Daripada Influenza Dan Komplikasi Yang Berkaitan Dengannya

Mak-Mak Kena Ambil Serius, Polio Boleh Undang Maut Dan Cacat Kekal

Published by
Nur Syazwani Mehat