Setakat ini vaksin adalah cara paling efektif untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Oleh sebab itu, anak kita perlu divaksin agar bukan sahaja kesihatannya terjamin, dalam masa yang sama menjamin kesihatan orang sekeliling.
Sekarang ini bermacam-macam virus, lagilah mak-mak perlu berjaga-jaga. Malahan ada mak-mak yang berkemampuan sanggup mengeluarkan bajet untuk mendapatkan vaksin tambahan agar anak-anak selamat dan dilindungi. Semua mak-mak sayangkan anak-anak kan.
Jangan pula akibat terlalu taksub, akhirnya anak yang hanya menghidap selesema dibiarkan meninggal dunia. Gara-gara mak yang degil tak mahu vaksinkan anak.
Tak Dengar Nasihat
Di Clarado, akibat kedegilan si ibu enggan mendengar nasihat pakar perubatan yang menyarankannya mengambil vaksin untuk anaknya, dia kini dirundung kesedihan kerana anaknya meninggal dunia selepas tidak pulih daripada selesema berlarutan.
Anaknya yang berusia empat tahun itu maut selepas ibunya dipercayai enggan mengambil vaksin Tamiflu yang disarankan doktor.
Malah, doktor berkenaan turut menyarankan seluruh ahli keluarga wanita itu mengambil vaksin yang dicadangkan memandangkan dua daripada empat anaknya turut berdepan masalah selesema.
Bagaimanapun, wanita itu memilih untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan antivaksin di media sosial.
Ads
Gunakan Penyembuh Semulajadi
NBC News melaporkan, kanak-kanak itu belum didiagnosis sebarang penyakit tetapi menghidap demam dan sawan.
“Doktor mahu kami mengambil tamiflu tetapi saya enggan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook antivaksin.
Menurut laporan itu, terdapat 45 komen di hantaran yang dibuat ibu berkenaan namun, tidak ada satupun yang mencadangkannya mengikut saranan doktor.
“Ibu itu mendakwa dia menggunakan ‘penyembuh semula jadi’ untuk merawat anak-anaknya termasuk menggunakan minyak pepermin, vitamin C dan lavender namun, tidak berkesan.
Ads
“Dia kemudiannya meminta cadangan lain daripada kumpulan berkenaan dan ada yang menyarankan susu ibu, daun thyme dan sejenis beri yang tiada sebarang bukti perubatan merawat selesema,” kata laporan itu.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia empat hari kemudian.
Ubat Antivirus
Tamilflu adalah ubat antivirus khas bagi merawat selesema dan ketika ini musim kanak-kanak mendapat penyakit itu agak tinggi.
Pakar pediatrik menganggarkan kadar jangkitan selesema sekarang lebih tinggi daripada biasa iaitu 68 kanak-kanak dilaporkan maut mengikut perangkaan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.
Ads
Kajian oleh American Academy of Family Physicians mendapati 59 peratus daripada ibu bapa mengatakan anak mereka tidak mengambil vaksin berkenaan berikutan menerima maklumat salah atau salah faham.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dan jangan sesekali terfikir untuk menolak vaksin anak-anak. Zaman sekarang pelbagai virus dan penyakit di mana-mana, jadi diminta mak, ayah berhati-hati dalam melindungi kesihatan anak. Anak adalah amanah Allah untuk kita semua.
Sanggup menjual rumah, mendermakan sebelah buah pinggang dan berkahwin semula dengan bekas isteri. Pengorbanan lelaki ini mungkin hanya satu dalam berjuta kisah manis selepas episod perceraian berlaku. Kebiasaannya, apabila berlakunya perceraian, jarang pasangan yang sanggup berbaik-baik, masih mengambil berat diantara satu sama lain.
Kahwin Semula Bekas Isteri
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Isteri Sakit Tenat
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya. Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.
Mingguan Wanita: Terharu kisah percintaan seperti ini. Terbaiknya bekas suami begini. Masih menjaga hubungan baik, mengambil berat dan sanggup menjaga bekas isteri yang sakit tenat.
Tindakan pengkid pergi umrah malah merakan video dalam pakaian ihram di hadapan Kaabah di Tanah Suci Makkah mengundang kemarahan di kalangan orang ramai.
Gusar dengan keberanian tidak bertempat individu yang dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ ini, Dr Azila Mohd Kasim berkongsi pandangan. Betapa tidak mudah untuk seseorang yang mahu menunaikan umrah melepasi pintu masuk ke negara Arab Saudi.
Berdepan dengan pegawai imigresen nya saja boleh buatkan pelancong ketar lutut. Apalah lagi jika tidak pandai berbahasa Arab. Dan dari pengelamannya, dia tahu ianya tidak mudah.
Pemeriksaan Ketat Di Setiap Check Point Masuk Ke Negara Saudi
Setiap check point masuk negara Saudi di kawal ketat. Pegawai imigresen semua perempuan Arab dan garang-garang belaka. Tau tau jelah kan kalau pegawai perempuan yang jaga, cerewet kannn. Mereka sangat-sangat teliti periksa passport. Kemudian scan 4 jari tangan tau, bukan ibu jari. Tak lepas..kena ulang lagi. Tak lepas ulang lagi sampai lepas.
Lepas tu scan muka guna kamera, sama ada sama tak dengan gambar passport. Kalau pakai facemask kena buka. Kadang-kadang cermin mata pun kena buka. Panik dan gemuruh hanya Allah yang tahu.
Semasa nak balik juga pemeriksaan sangat ketat. Boleh pula mereka cakap Arab dengan kita. Bila kita tanya semula dalam bahasa English, mereka bantai balas semula cakap Arab.
Dah macam nak luruh jantung, nak terkincit pun ada. Padahal nak balik negara sendiri. Sesungguhnya kalau tiada mutawif yang pandai berbahasa Arab mahu nangis kena tinggal hahaha.
Pengkid Pergi Umrah
Kes pengkid yang hangat sekarang ni masuk Saudi guna pas pelancong. Kemungkinan besar berpakaian perempuan ketika check point di airport. Dalam beg bagasi sudah ada kain ihram dan pakaian lelaki.
Bila dah selamat check point, beliau cabut jubah dan tudung. Masa ni tiada sesiapa check dah. Berdosa lah..
Kita tak mahu Allah murka. Jika dihukum kita semua akan terima sama hukuman nya. Masih ada lagi manusia tidak belajar kes Covid-19. Ianya suatu teguran kerana pondan pergi umrah pada tahun yang sama ketika itu.
Kasihan..ibadah umrah mereka juga sia-sia kerana tidak mematuhi syarat pantang larang berihram. Hanya dapat penat sahaja.. Astaghfirullah.
Sebab tu nak buat ibadah kena ada ilmu. Kita pergi Mekah pergi Madinah..tanah suci..walaupun guna pass pelancong tetap tidak sama seperti kita bercuti di negara lain. TIDAK SAMA.
Berdoa lah supaya anak-anak dan keturunan kita dijauhi dan dilindungi sifat-sifat yang membawa bala bencana ke atas seluruh umat Islam.
Ini gambar airport Jeddah baru sewaktu kami timbang bagasi mahu pulang ke Malaysia.
Sekian, semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Kejadian tular pengkid pergi umrah dengan pakaian ihram ini perlu ditangani dengan tegas. Semoga tiada lagi kejadian seumpama ini yang berlaku.
Anda nak tahu tak rahsia buat cili jeruk yang menyengat lagi kick. Rupanya ada satu rahsia penting yang perlu dilakukan masa pembuatannya. Chef As (Ashiqin Shadiqun / Chef As – As Homemade) berkongsi panduannya.
Cili jeruk atau lada jeruk ini sedap makan dengan mee sup panas-panas.
Step By Step Buat Cili Jeruk Kick
Mula-mula kau pergilah beli lada besar ni. Selalunya orang pakai yang hijau sebab lebih rangup.
Basuh bersih-bersih lepas tu potong lah kasar kasar.
Nak guna cili api pun boleh. Lagi rare.
Dah siap potong tu masuk dalam bekas, curah air panas. Hakak pakai air coway dik. Senang.
Kau hado? ??
Ada orang dia rebus tapi nanti lada cepat lembik.
Rendamkan kejap dalam air panas tu.
Sementara tunggu kau boleh main pesbuk.
Lepas tu toskan.
Ha ni dia cuka dik. Nak pakai jenama apa pun boleh. Tak ada orang nak marah.
Tuang cuka tu sampai lada ni terendam.
INI RAHSIANYA: Ingat tau jangan ada air dalam lada tu. Tak kick.
Dah berendam tu, lada akan jadi kaler gitu.
INI SATU LAGI RAHSIANYA: Kalau korang nak kick boleh ikut cara sesetengah orang. Tambah garam sikit. Tok aji sikit. Gula sikit. Hakak kononnya nak jaga kesihatan la. Konon je.
Dah boleh makan wei. Simpan dalam peti ais pun boleh.
Sedap ni lawan dengan mee hoon sup ke mee goreng ke. Perghhhh panas-panas, memang syiok oooo.
Mesti laki dan anak-anak kau kata “Mama power, macam makan kat kedai”
Time gitu mesti kembang kempis kena puji kan?
Selamat Mencuba.
Sumber/Foto: Fanpage Chef As – As Homemade via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.