Punca Fazura failkan permohonan cerai kerana tiada persefahaman, peguam syarie nafi isu Fattah curang. Sebaik kes permohonan cerai pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin tersebar di media sosial, netizen membuat spekulasi bahawa ianya berkaitan dengan kecurangan yang terjadi.
Namun hari ini, peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Memperincikan perkara itu, Fakhrul memberitahu, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.
“Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.
Memetik laporan Harian Metro, Fakhrul berkata, isu curang yang disensasikan hingga tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.
“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.
“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Fazura yang berdiam diri sejak permohonan cerai dibuat, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, tindakannya yang dibuat adalah yang terbaik buat masa ini.
“Alhamdulillah itu lebih baik untuk saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Perceraian Terhadap Fattah
“Moga Bersemangat”, Fazura Titip Doa Kepada Isteri Besarkan Anak 7 Saat Suami Dalam Penjara
Gaya Fatima Aisya Di Pentas Peragaan Curi Perhatian. Fazura Sedia Beri Bimbingan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE