bayi susah tidur

Mak-mak biasanya akan risau kalau bayi susah tidur malam. Terus fikir anak tak sihat atau tak selesa. Sebenarnya jarang bayi yang sihat susah nak tidur. Cuma hanya pola tidur setiap bayi berbeza. Ada bayi yang mudah tidur nyenyak dan mudah bangun, tidak kurang juga yang sukar tidur. Biasanya bayi akan terbangun jika lapar, lampin basah atau suhu ruang yang terlalu panas atau sejuk. Tapi mungkin juga ada sebab lain!

Jadi matanya tidak mahu terpejam, sedangkan bayi anda harus tidur. Ok jom kenali penyebab bayi sukar tidur. Ingat… bayi anda perlu mendapatkan tidur yang berkualiti untuk menyokong pertumbuhannya.

1. Demam

Demam yang teruk boleh ganggu tidur disebabkan dengan adanya jangkitan telinga mahupun radang di kerongkong. Jika bayi sering menggosok atau menarik telinga, itu petanda dia mengalami jangkitan di telinga. Jika bayi enggan menyusu, mungkin dia mengalami radang pada rongga mulutnya. Berikan ubat yang telah dibekalkan doktor.

2. Tumbuh gigi

Biasanya bayi tidak selesa apabila tumbuh gigi. Merengek dan tak nak makan tetiba itu biasa dan rasa sakit pada gusi boleh mengganggu tidur bayi. Mak ayah boleh bantu melegakan kesakitannya dengan memicit lembut gusinya. Jangan lupa cuci bersih tangan anda sebelum masukkan tangan dalam mulut bayi.

3. Perut Kembung Atau Kolik

Ini biasa, malah boleh buat mak ayah tak tidur malam! Gejala perut kembung dan keras menyebabkan bayi asyik menangis sepanjang malam dan mengganggu tidurnya. Jangan risau, ibu boleh mendukung bayi dengan posisi meniarap dan letakkan tangan anda pada perutnya. Atau cuba memangku bayi, goyang perlahan kaki anda sehingga bayi tertidur.

Ads

4. Terlalu banyak rangsangan

Bermain sepanjang hari, mendengar muzik, lampu bilik yang terang dan suara televisyen yang kuat merupakan rangsangan yang berlebihan hingga menyukarkan bayi untuk tidur. Ibu boleh dodoi dan urut ringan pada tubuh bayi untuk melancarkan peredaran darah dan redupkan lampu bilik serta matikan televisyen / radio agar suasana lebih tenang.

5. Perubahan

Pernah tak bawa anak berjalan ke satu tempat tapi tetiba bayi payah nak tidur. Haaa… sebenarnya bayi sangat peka terhadap perubahan. Kalau bayi biasanya tidur bersama anda, kemudian berpindah ke tempat tidur lain ini akan menyebabkan sukar tidur. Itu belum lagi yang jenis tidur buai! Jadi, sila latih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Kalau dia terjaga dan menangis, tenangkan dengan menepuk-nepuk bayi agar dia tahu bahawa anda sentiasa berhampiran dengannya.

Pola Tidur Bayi

Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak, ibu perlu melakukannya secara berterusan agar ia menjadi satu kebiasaan. Pola tidur bayi boleh dipelajari dan anda boleh menyesuaikan mengikut kebiasaan si comel…

Ads

Ada bayi yang tidur nyenyak setelah mandi. Sebelum bayi tidur, lap tubuhnya dengan air hangat untuk membuatnya tidur lelap.

Bayi tidur nyenyak setelah perut kenyang. Bayi lapar biasanya tidur terputus-putus untuk minta menyusu.

Ads

Bayi tidur nyenyak bila mendengar bunyi-bunyian, seperti muzik yang lembut atau suara ibunya. Bacakan buku atau bercerita apa saja. Meski bayi belum memahami isi cerita, suara Anda bagaikan lagu yang boleh menidurkannya. Di usia selanjutnya, anak akan tahu bahawa sesi bercerita itu merupakan petanda dia harus tidur.

Ada bayi yang lebih suka didukung ketika tidur kerana ayunan dan bunyi detak jantung ibu membuatnya tidur lelap. Tidak perlu khuatir jika ia berlanjutan hingga besar. Seiring dengan perkembangannya, anak akan memilih sendiri cara tidurnya.

Tip Bayi Tidur Sendiri

Tak perlu terus mendukung, cuba dodoi atau menepuk-nepuk tubuhnya agar anak tertidur. Kena biasakan nanti lama-kelamaan bayi mampu selesa di tempat tidur dan dapat tertidur nyenyak tanpa ditemani dan dibantu ibunya. Ajarkan dia tentang jadual tidur agar boleh tidur sendiri.

Doa Untuk Bayi Tidur Lena Tanpa Gangguan

Cara terbaik yang ibu tak boleh terlepas pandang, jangan lupa amalkan doa tidur dan tiup diubun kepala bayi. In shaa Allah anak tidur lena tanpa gangguan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI