Bukan sekali dua, tapi anak kerap sakit yang berulang. Walaupun ubat sudah diberikan, sakitnya tak juga berkurang. Sistem imun anak yang lemah, buatkan mereka lambat sembuh. Inilah yang pernah dialami oleh ibu bernama, Ainini Zainal.
Sampailah akhirnya beliau kembali berpegang pada pesanan Rasulullah SAW agar menjaga apa yang masuk ke dalam perut. Sebab itulah, makanan jejari untuk anak pun ibu ini hasilkan sendiri. Perubahan-perubahan ketara telah berlaku pada anaknya.
Puan Ainini Zainal merupakan Home Educator/Surirumah sejak 2010. Banyak menulis tentang makanan dan resepi sihat di facebooknya serta Pengasas Oven Nini. Sering berkongsi penyediaan makanan sihat yang dihasilkan sendiri yang ibu-ibu boleh jadikan inspirasi.
Anak kerap sakit, lambat sembuh, baru sembuh anak kembali sakit. Biasa berlakukan? Ia juga berlaku 4 – 5 tahun lepas kepada Afi yang kini usianya sudah 7 tahun.
Alhamdulillah, bila mengamalkan pemakanan sihat dan membuang semua yang tidak sepatutnya ada dalam senarai diet seharian, banyak benda baru saya belajar.
Paling ketara, sistem imun badan jadi semakin baik.
Apa kaitan sistem imun badan dengan pemakanan? Banyak kaitannya.
Sebenarnya, jika kita sudah faham semua ini, kita akan teringat kepada pesan Rasulullah untuk menjaga apa yang masuk ke perut.
Pesanan baginda Rasulullah s.a.w bahawa majoriti punca penyakit adalah berpunca daripada perut.
Bila sebut perut, apa yang sepatutnya terlintas dalam fikiran kita adalah BAGAIMANA PEMAKANAN SEHARIAN KITA? Bagaimana pemakanan anak kita?
Jika kita ‘google’ menggunakan keyword ‘Kids’ Food’, maka berderetlah foto:
+ gula-gula
+ coklat
+ jajan
+ sosej, nugget
+ kek, manisan, aiskrim
+ fast food
+ burger
+ lolipop, bijirin sarapan yang kononnya sihat (sangat)
Betapa semua itu SINONIM dengan kanak-kanak.
Saya salah seorang yang tidak menjaga pemakanan anak satu ketika dulu. Setelah genap 2 tahun menyusu badan (saya masih teruskan hingga usianya 3 tahun 9 bulan), sistem imun badannya jatuh merudum setelah pengambilan sesuatu dalam dietnya.
Apa dia?
Ketika genap 2 tahun, saya berikannya susu coklat kotak tinggi pengawet, gula, aditif, pewarna/perasa tiruan atas dasar ingin berikannya kalsium.
Sedangkan realitinya, kanak-kanak 2 tahun ke atas sudah tidak perlukan susu lagi sebagai sumber kalsium kerana semua itu boleh didapati dalam MAKANAN HARIAN YANG BERKHASIAT. Nasi, sayuran hijau (kaya kalsium), ayam, daging, ikan, telur, buah-buahan.
Hasilnya, selang 2 minggu dia demam. Batuk selesema berminggu baru sembuh. Bila demam, suhu tinggi bukan main.
Sangat kerap sakit.
Jadi ketika usianya 3 tahun, melalui pembacaan, baru saya sedar yang betapa banyak makanan yang menjadi punca sistem imun yang merudum.
Banyak yang menjadi punca sudah rawat itu ini tapi masih tiada perubahan.
Saya HENTIKAN pemberian susu kotak yang ‘berhantu’ itu. Hentikan pemberian gula putih. Buang segala processed food – nugget, sosej semua daripada hidup kami. Akhirnya semuanya saya SEDIAKAN SENDIRI.
Pada anak memasuki usia 4 tahun, perubahan ketara berlaku. Dia jarang sakit. Jika ada, 7-8 bulan sekali. Kadangkala demam hari ini, esok sudah ok.
Pernah hampir 11 bulan tidak demam, selesema, batuk atau apa-apa penyakit (dengan izin Allah), dan akhirnya demam. Tak sampai 2 hari, Allah izinkan sembuh. Hingga kini, tahap kesihatannya sangat memuaskan, Alhamdulillah.
Bagi saya ini semua bukan kebetulan. Besar hikmah Allah tunjukkan yang pesananNya melalui Rasulullah itu BENAR.
TIADA YANG SALAH JIKA IA DARIPADA ALLAH.
Sejujurnya, saya sangat sedih melihat bagaimana pemakanan majoriti kanak-kanak hari ini. Sebab sebenar saya masih TEGAR bercakap tentang pemakanan sihat sejak 2013 adalah kerana SAYA JUGA BERMULA DENGAN TIDAK MENJAGA PEMAKANAN.
Berubah dan melihat sendiri di depan mata hikmahnya.
Sistem imun badan yang baik adalah KUNCI kepada kesihatan kita. Semua manusia akan sakit. Tapi konsistennya proses penyembuhan itu bergantung kepada bagaimana diet harian kita.
Ia bukannya hari ini sakit, baru pemakanan dijaga. IA ADALAH PROSES BERTERUSAN. BUKAN ‘TOUCH AND GO.’
Makanlah sejuta jenis ubat sekalipun, jika pemakanan tidak dijaga, semuanya sia-sia.
Saya faham, kita buat silap. Jadi, ubahlah silap kita. Amanah menjaga anak itu bukan sekadar memberi makan pakai mencukupi, tetapi juga MEMASTIKAN APA YANG MEREKA MAKAN ITU TOYYIB (SIHAT UNTUKNYA.) Bukan sekadar logo halal semata.
Junkfood, minuman bergas, makanan terproses, air kotak berwarna warni penuh perisa, berderet di rak-rak pasaraya PENUH LOGO HALAL. Tapi itulah punca tahap kesihatan kita semua pada hari ini yang sangat mendukacitakan.
Saya sendiri, yang sudah masuk 4 tahun mengubah pemakanan MASIH LAGI STRUGGLE untuk menurunkan berat badan dengan konsisten.
Hasil 30 tahun lebih bergelumang dengan makanan tidak sihat [susu formula tinggi gula sejak kecil, junkfood ketika remaja, penggunaan bahan masakan yang sebenarnya tinggi MSG, pengawet dan sebagainya ketika sudah dewasa], hingga kini masih terasa kesan buruknya.
Tapi apa yang membezakan, masuk 4 tahun berubah secara konsisten, dapat rasakan perubahannya daripada dulu. Jika tidak, dulu saya kerap:
+ migrain
+ sakit tekak
+ berkahak
+ sentiasa ada masalah kesihatan
Ramai tidak perasan, kan bahawa sebenarnya bahan-bahan semulajadi yang terdapat di dapur kita adalah antara ‘hadiah’ kurniaan Allah untuk kesihatan kita.
Tak kira ketika sakit atau untuk ‘supplement’ setiap hari bagi menguatkan sistem imun badan, yang semulajadilah yang sebenarnya lebih ‘power’ di samping konsisten menjaga pemakanan,.Inilah cara terbaik rawat anak kerap sakit.
Mengapa bersusah payah menelan vitamin-vitamin yang khasiatnya banyak campuran bahan sintetik? Mengapa dikatakan begitu?
Walau dikata sumber natural sekalipun vitamin tersebut, sesetengahnya memang sudah hilang khasiat ketika proses penyediaan vitamin itu sendiri.
Proses pemanasan, pemampatan dan sebagai menghilangkan khasiatnya, jadi, khasiat sintetik (tiruan) dicampurkan dan keluarlah label 200x kali ganda tinggi khasiat daripada bayam, 1000x kali ganda lebih baik daripada buah dan pelbagai lagi.
Perasan tak kita yang kita memang boleh berikan anak ‘immune boosting’ food tanpa segala vitamin komersial? MELALUI MAKANAN SEMULAJADI. Makanan semulajadi ciptaan Allah adalah penguat sistem imun badan.
+ Bawang, halia, kunyit, cuka epal bukan sahaja ‘sunnah food’ tetapi sangat kaya bahan anti bakteria, anti virus, anti jangkitan. Hari-hari kita masak menggunakan bahan-bahan ini. Murah pula tu.
+ Sayur-sayuran, jika anak sukar dan belum suka untuk makan sayur dengan rela hati, masukkan saja ke dalam sup seperti ini kerana sayur memang immune booster. Mereka tak mahu makan begitu saja, pujuk mereka minum sup seperti ini.
Bagi mereka yang alah terhadap MSG (walaupun natural MSG), reneh sup ini selama 1-2 jam sahaja. Tidak perlu sehingga 4 jam kerana lebih lama direneh, lebih banyak MSG semulajadinya keluar. Jadi, kenali badan anak/anda agar anak kerap sakit ini dapat ditingkatkan sistem imunnya.
Sumber/Foto : Facebook Ainini Zainal