Pulut Lemak Mangga, Campur Beras Sikit, Dah Masak Disenduk Tak Melekat

Share

Sedapnya kalau dapat makan pulut lemak mangga. Lagi sedap bila rasa lemak pulut itu bercampur dengan rasa masam manis mangga yang telah masak. Fuh! Memang sedap tidak terkata.

Resipi untuk buat pulut lemak mangga ini mudah sebenarnya. Apa yang penting, kita tahu bagaimana untuk masak pulut tersebut.

Pulut yang sedap dimakan adalah pulut yang tidak terlalu lembik dan mudah disenduk setelah masak. Lemaknya pula mestilah secukup rasa, kan?

Apa rahsia hendak buat pulut cantik dan tidak melekat setelah masak?

Boleh Cuba Resipi Pulut Lemak Mangga Perkongsian CT Liz Ini.

“Jom makan pulut lemak mangga. Baru siap ni,”

Nota:
Pulut susu = santan paras pulut sahaja
Pulut biasa=santan lebih sikit dari pulut
Beras pulut cap rambutan cantik. Beras nya sebijik sebijik
3 jenis beras pulut yang berbeza. Tetap sebijik sebijik
Tak nak campur beras biasa pun tak mengapa. Tapi kurangkan sukatan air.
Campur beras biasa sebab nak bagi pulut nampak cantik berkilat dan tak melekat disenduk bila digembur.

Pulut Lemak Mangga

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut
Segenggam beras biasa
1 1/3 cawan santan
½ sudu teh garam
Sebiji Mangga yang telah masak – dipotong cantik

Artikel Berkaitan:
Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!
Tak Payah Kukus, Tanak Pulut Dalam Rice Cooker LAPIK Penutup Periuk Guna Kain!

Cara Buat

1-Rendam pulut dan beras selama 10 minit. Kalau tak nak rendam, boleh lebihkan sikit santan.


2-Masak macam biasa di dalam rice cooker.

Potong mangga


3-Siap. Boleh dihidangkan dengan mangga yang telah dipotong cantik.

MW: Pulut lemak mangga ini sedap dimakan bila sudah sejuk. Barulah padu rasanya!

Sumber/Foto: CT Liz

Published by
julie roshana Shafee