Pulut kuning yang cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang) memang selalu mencuri perhatian. Kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira. Menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sedikit.
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (rendam sekurang-kurangnya 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas semula untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan gunakan perwarna.
2) Halia 1/2 inci
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
3) Daun Pandan 5 helai
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
5) Santan segar dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru mendidih, masukkan garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam. Masukkan santan pekat tadi. Kacau-kacau sampai rata sebati. Boleh cuba sama ada rasa masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.
Jangan risau bila kuah santan banyak. Pulut akan serap habis kuah santan itu, barulah pulut jadi lembut. Kacau pulut sampai rata dan hilang ketul-ketul.
Tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut ‘rehat’ dlm 10 – 15 minit baru cedok untuk makan.
EKSTRA TIP:
1. Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan macam bertali putih-putih di bahagian senduk.
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus semula kali ke dua. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan tak lekat pada pulut. Walau sekali kukus sahaja, pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita sudah bancuh santan dengan air panas.
Sumber: Masmira Idris via MAHN
Baca artikel lain berkaitan: Cara Arwah Mak Ajar, Panaskan Santan Dulu, Elak Pulut Kuning Cepat Basi
Ini Caranya Masak Pulut Kuning Berkilat, Tahan Lama Tak Mudah Basi!
Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit