Pulut kuning yang cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang) memang selalu mencuri perhatian. Kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Pulut Kuning Rasa Lembut, Berlemak
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira. Menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
RESIPI PULUT KUNING
Bahan-bahan dan cara-cara membuat:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sedikit.
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (rendam sekurang-kurangnya 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas semula untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan gunakan perwarna.
Ads
2) Halia 1/2 inci
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
3) Daun Pandan 5 helai
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
5) Santan segar dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru mendidih, masukkan garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam. Masukkan santan pekat tadi. Kacau-kacau sampai rata sebati. Boleh cuba sama ada rasa masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.
Ads
Jangan risau bila kuah santan banyak. Pulut akan serap habis kuah santan itu, barulah pulut jadi lembut. Kacau pulut sampai rata dan hilang ketul-ketul.
Tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut ‘rehat’ dlm 10 – 15 minit baru cedok untuk makan.
EKSTRA TIP:
1. Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan macam bertali putih-putih di bahagian senduk.
Ads
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus semula kali ke dua. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan tak lekat pada pulut. Walau sekali kukus sahaja, pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita sudah bancuh santan dengan air panas.
Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Aisyah Zulaikha. Memang menarik.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
Cara Membuat:
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Tengok saja buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, mahunya terus kecur air liur. Bukan hanya orng mengidam aje terliur, kita yang pantang tengok pun boleh terliur.
Biasa kalau makan buah yang masam-masam seperti mangga, kedondong, jambu batu dan sebagainya, sangat sedap bila cicah dengan serbuk colek.
Di negeri Pantai Timur, memang popular dengan serbuk colek kering ini. Kadang-kadang, kita fikir, macam mana nak buat bagi sedap seperti beli kat kedai.
Rupa-rupanya, cara nak membuat serbuk colek ini tidaklah susah sangat. Guna empat bahan sahaja. Boleh buat banyak-banya kdan simpan buat stok untuk makan dengan buah kegemaran.
Ini perkongsian resipi serbuk colek oleh Mim Yusof. Lepas ini, boleh la buat sendiri ye!
“Saya nak ajar cara buat serbuk colek kering. Kalau rasa nak makan dengan jambu, mangga dan lain-lain, letak saja serbuk ini dan gaul.
“Senang sangat nak buatnya.
Bahan-bahan:
1 cawan udang kering
2 inci belacan
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ½ cawan gula
Cara membuatnya:
Potong cili kering, cuci bersih kemudian toskan.
Selepas itu, goreng semua baha nkecuali gula. Goreng tanpa minyak (sagai) sampai cili, belacan dan udang kering jadi garing.
Ini yang dah siap goreng, sejukkan dahulu sehingga betul-betul sejuk. Selepas itu, kisar kering bersama gula.
Inilah yang sudah siap, kalau nak masin, boleh tambah garam sedikit. Sebab udang kering dan belacan sudah masin.
Masukkan dalam balang.
Bila nak makan, sendukkan dan bubuh dalam mangga.
Inilah hasilnya.
MW: Rupa-rupanya tak adalah susah sangat untuk membuatnya. Nanti mak-mak boleh cuba ye!
Selalunya bila beli buah limau kasturi dalam kuantiti banyak yang telah siap dibungkus.Padahal kita nak gunakan sedikit je.Akibatnya baki limau kasturi tu terbiar serta mudah jadi busuk dan rosak. Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh simpan buah limau kasturi ini agar tahan lama dan mudah digunakan nanti. Malah menjimatkan serta tak membazir!
Boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah Abas sebagai panduan;
“Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai..nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk..supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni..moga bermanafaat!” #jimatsangat
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau Kasturi
Penapis Air
Bekas Kiub Ais
Cawan
Sudu
Cara-Caranya:
1.Potong dua limau kasturi. Pastikan potong secara melintang, lawan urat bagi memudahkan nak perah nanti.
2.Perahkan jus limaunya, gunakan penapis kopi pun boleh.
3.Perahkan dalam cawan.
4.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.Supaya betul-betul beku.
6.Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas.Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Info Ekstra!
Nak guna untuk buat teh O limau pun senang.Masuk je 2, 3 ketul dalam teko.
Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua,dah siap dan jimat masa.
Menarik sungguh tips ni, memudahkan kerja malah menjimatkan belanja dapur mak-mak. Tak de lah membazir, buah limau kasturinya rosak dan terbiar busuk dalam peti sejuk. Malah paling penting bebas daripada bahan pengawet, hanya pati jus limau kasturi semulajadi semata-mata!.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...