Pulut Gaul Nyior Dengan Ikan Rebus Goreng, Resepi Tradisional Senang & Ringkas, Terus Teringat Kampung

Share

Sedang asyik memikirkan menu tiba-tiba mata terus tertangkap bila pemilik akaun yang bernama Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi gambar masakannya. Memang meleleh air liur tengok menu Pulut Gaul Nyior Dengan Ikan Rebus Goreng ini. 

Bila mak-mak naik buntu dan tak ada idea nak masak dalam tempoh PKP ni, bila nampak gambar Pulut Gaul Nyior Dengan Ikan Rebus Goreng ini terus teringat kampung. Apa lagi teruslah ke dapur dan cari bahan-bahan yang cukup ringkas untuk memasak resipi istimewa ini.

Ikan Rebus Boleh Disimpan Lama

“Ikan Rebus boleh disimpan lama, boleh dipanaskan dan adalah cara tradisional orang zaman dulu menyimpan ikan ketika belum ada peti sejuk lagi.

“Boleh digunakan sebagai rencah Masak Lemak Putih Sayur Kubis, Kacang Panjang atau Pucuk Labu dan sayur apa sahaja.,” kongsi Kak Zue.

Mudah Disediakan

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Kak Zue.

BAHAN-BAHAN:

Ikan
Asam keping
Lengkuas
Garam kasar.
(Serbuk perasa : jika mahu)

Cara-Caranya:

1.Tumbuk isi ikan bersama lada hitam dan bawang merah.

2.Masukkan dalam periuk.

3.Tambah santan, garam dan bila mendidik, barulah masukkan sayur.

4.Boleh dimakan dengan budu atau dijadikan rencah sambal juga tau.

Cara Membuat Sambal Lada Dengan Ikan:

1.Tumbuk isi ikan rebus bersama lada atau cili padi merah.

2.Masukkan sedikit garam dan jika mahu boleh tambah gula.

3.Perahkan limau kasturi.

Sedia Untuk Dihidangkan.

Terima kasih kak Zue, Dzuriasikim Dzulkefli atas perkongsian resipi ini.

 

Published by
Norhayati Suboh