‘Pulaukan, ejek muka hitam.’ Mak sekarang lahirkan anak kurang ajar, sanggup hina kawan sendiri serta hasut orang lain jangan berkawan.
Anak-anak zaman sekarang memang sukar dikawal, entah di mana salahnya hingga mereka sanggup bertindak sedemikian rupa.
Pulaukan, Ejek Muka Hitam
Bayangkan dalam usia 9 tahun mereka sanggup body shaming kawan-kawan dan ambil tindakan untuk pulaukan kawan yang dianggap ‘hitam’.
Perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Miya Wong menerusi satu ciapan di laman Twitter, menceritakan anak saudaranya yang berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa buli melalui aplikasi WhatsApp amat mengejutkan.
Mak Sekarang Lahirkan Anak Kurang Ajar
Menerusi perkongsian yang sama, rata-rata netizen turut terkejut dengan perbualan berbaur negatif ini. Dalam usia sekecil itu, mereka sanggup menghina rakan lain yang boleh dianggap “kawan” dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Bayangkan anak-anak ini makin membesar dan sikap mereka tidak ditegur, sudah pasti keadaan semakin parah serta ramai akan menjadi mangsa buli mereka.
Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Menulis Dengan Kedua Belah Tangan, Sayangnya Waktu Kecil Dulu Dia Mangsa Buli
Ini Yang Buat Ayah Mangsa Buli, Zulfarhan Sujud Syukur Di Mahkamah
Anak Dibuli – Air Mata Ani Mayuni Terus Mengalir
Sanggup Hina Kawan Sendiri
Tambah Miya Wong, setelah dihina kawan-kawan, anak buahnya mengambil jalan tengah dengan mengadu perkara yang berlaku pada guru. Malang sekali guru bukan saja tidak menjernihkan keadaan sebaliknya meletakkan kesalahan pada anak buahnya.
UPDATE❗
Anak sedara aku balik2 terus nangis sebab cikgu marah die..
Marah sebab dia mengadu yang dia kene buli.. KENE MARAH EH!
Cikgu siap cakap nak cili mulut anak sedara aku ni..😡
Weyh aku panas!! #cyberbully #toxic #makeschoolasaferplace pic.twitter.com/CWq5F2MxGV
— Miya Wong (@meowonges) June 1, 2022
Tidak dapat bayangkan perasaan anak kecil ini yang sedih dibuli kawan-kawan dan akhirnya guru juga menyalahkan dia atas apa yang berlaku. Allahuakbar!
Terang Miya Wong, anak buahnya terus menangis bila balik dari sekolah kerana cikgu memarahinya. Tindakan guru tersebut membuatkan anak buahnya semakin murung.
Sedih Dengan Apa Yang Berlaku
Bagi menjernihkan keadaan, kakak ipar kepada Miya Wong iaitu ibu kepada mangsa turut mencari jalan bagi menjernihkan keadaan. Caranya dengan menghubungi mak-mak pembuli, namun sedihnya mereka tidak memberi respon yang baik.
Melihat kepada komen warganet, rata-rata netizen turut merasa sedih dengan apa yang berlaku. Malahan ada netizen berkongsi kisah yang sama, malah ada di antara mereka pernah menjadi mangsa buli.
Mingguan Wanita: Sebaiknya bila anak berhadapan dengan isu kecil atau besar, jangan ambil ringan. Cuba selami dan fahami masalah mereka kerana anak-anak zaman memang tidak sama seperti dahulu. Mereka terlalu advance serta sukar diramal.
Sumber : Miya Wong
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI