Memiliki sifat jujur dan amanah dalam diri di dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan sangatlah terpuji dan mulia. Siapa sangka, dengan bersikap jujur dan ikhlas, dikurniakan rezeki yang tidak dijangka malah dinaikkan pangkat dalam pekerjaan.
Seorang pekerja pembersihan bernama Halimah, 29 bekerja di di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta baru-baru ini menjadi viral kerana kejujurannya memulangkan dokumen penting dan berharga.
Dia tular susulan insiden terjumpa sebuah dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) ketika menjalankan tugas pembersihan.
Cek Milik Penumpang
Lapor Jakarta Daily , ibu kepada dua cahaya mata berkenaan menemui dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E. Ketika melihat angka tertera, dia mengaku terkejut namun tidak terlintas untuk dia mengambilnya.
“Cek itu , tertulis Rp 35.5 bilion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali,” katanya.
Petugas pembersihan itu kemudian melaporkan penemuan tersebut kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.
“Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.
“Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” kata Halimah.
Selain cek bernilai Rp 35.5 bilion, di dalam beg berkenaan terdapat empat buah buku bank dan sebuah pasport.
Naik Pangkat Jadi Penyelia
Kejujuran yang dipamerkan Halimah itu mendapat penghargaan dari majikannya, PT Angkasa Pura Solusi. Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani selaku ketua memberi ganjaran berupa kenaikan pangkat satu peringkat kepada Halimah sebagai penyelia atas kejujuran beliau dalam menjalankan tugas.
Dia menghargai kejujuran Halimah ketika bekerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.
Ads
“Saya terharu ketika pertama kali menerima berita ini. Kita bagi kenaikan luar biasa untuk Halimah, satu level atas dia iaitu menjadi penyelia,” katanya pada Sabtu.
Mingguan Wanita : Tahniah di atas kejujuran dan amanah sewaktu melakukan pekerjaan. Semoga menjadi ikutan ramai, dengan bersikap jujur walau apa juga pekerjaan yang kita lakukan.
Demi mengejar impian dan minat yang sangat disukai, manusia sanggup melakukan apa sahaja.Seorang wanita di Finland sangat menggemari kerja-kerja pembersihan sehingga sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan, lapor laman berita Good News Network.
Auri Katariina, 29, bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland semasa musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya.
“Impian saya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang saya suka.
“Saya sentiasa suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lalu.
“Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan kerana dia sangat bergelut dan rumahnya terlalu bersepah. Dia mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia,” kata Katariina.
Sangat Gembira Bantu Orang Ramai
Wanita itu memberitahu, dia ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai.
Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.
Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan. Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan memaparkan kerja amalnya di media sosial.
Ikan Bakar Petai ini memang terkenal di daerah Kuantan, Pahang. Siapa yang pernah mencuba memang akan terasa-rasa keeanakannya. Lagi-lagi belah-belah sana dekat dengan laut, ikannya segar lagi manis. Bakar pula dengan sambal petai ini. Memang terangkat habis.
Siapa yang pernah merasa ikan bakar sambal petai ini memang akan terkenang-kenang sampai ke sudah. Bagi yang nak mencuba, tapi tak dan nak jejak Kuantan, boleh buat sendiri di rumah. Bahannya pun mudah saja. Tak rumit.
Cuba resepi yang dikongsikan, Nurbaizura SaNi ini. Cara-cara nak buat pes sambal ikan bakar petai. Memandangkan, harga petai yang mahal, dia terpaksa menggantikan dengan sayuran bendi. Nanti masa anda mencuba, tukarlah dengan petai ya.
“Pes ini boleh simpan dalam peti ais tau. Boleh buat stok kalau nak makan ikan bakar. Senang je nanti. Pes ini juga boleh pakai untuk makanan laut, seperti udang atau sotong bakar. Sedap!”
Bahan-bahan Pes Sambal Ikan Bakar Petai
7 biji Cili besar
2 sudu besar penuh Serbuk cili
1 sudu besar Lada hitam
5 biji Buah keras
Kunyit hidup
1 inci Halia
1 batang Serai
2 ulas Bawang merah
1 labu Bawang Holand
4 ulas Bawang putih
Belacan
Lain-lain Bahan:
1 sudu besar Asam Jawa
Garam, gula, perasa
Caranya Ikut Keterangan Pada Gambar
Kisar semua bahan-bahan kecuali asam jawa.
Masak semua bahan-bahan kisar sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak dan tumis hingga kering.
Tumis sampai garing macam ini.
TIP : Cara untuk dapatkan hasil pes yang garing adalah sentiasa kacai bahan-bahan seperti kacau dodol. Jangan tinggalkan senduk tu. Kacau sampai warna dia merah cantik. Seperti dalam gambar.
Bila dah garing cantik masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa.
Ok dah selesai.
TIP: Saya suka simpan pes ini dalam peti ais supaya blh buat stok kat rumah. Senang je nak makan Ikan bakar untuk next time. Kalau nak simpan lama pastikan pes tu betul2 kering, sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.
Last sekali sepatutnya letakkan petai baru sedap. Tapi petai mahal sangat kat area rumah saya ni sampai RM15 satu plastik so kami letak bendi sahaja.
Pes ni memang sangat sedap, tak sama rasa dengan kedai tau!
Ini rupa ikan sebelum bakar. Boleh je nak letak dalam daun pisang (kena tebal & banyak lapis supaya ikan tak hangit) atau pakai aluminium foil.
TIP : Boleh bakar pakai kuali ajaib, kuali burger atau bakar atas api macam biasa.
Biarpun kini sedang hamil kedua namun selebriti terkenal Scha Al-Yahya tidak betah duduk diam. Isteri kepada Awal Ashaari ini juga akui dia begitu aktif dan sejenis yang tidak boleh duduk diam.
Hamil Kedua Scha Tetap Ligat Berkemas & Tak Boleh Duduk Diam
Akui dirinya seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam, Scha akan mengisi masa terluangnya dengan pelbagai aktiviti walaupun hamil kedua kali.
“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau ada masa terluang memang macam-macam aktiviti akan saya buat.
Difahamkan juga hamil kedua kali ini juga buat Scha lebih mencabar kerana dia mengalami alahan lebih lama daripada mengadungkan Lara Alana, 6.
“Kali ini lebih mencabar sebab alahan sangat lama dan sekarang pun masih ada alahan sikit sikit. Mengidam pelik-pelik tiada cuma baru-baru ini saya teringin makan makanan Penang, tetapi sekarang dah hilang keinginan itu.
“Cuma yang sama hanya tabiat saya yang terlalu suka mengemas dan tidak tahu duduk diam walau di rumah,” jelasnya.
Tak Kisah Bayi Lelaki Atau Perempuan
Mengusik tentang persiapannya untuk menerima kehadiran orang baru, Scha akui dia masih
belum membuat persiapan dan tidak kisah soal jantina anaknya.
“Saya tak kisah lelaki atau perempuan, apa yang saya harapkan lebih sihat dan baik.
“Persiapan pun belum buat, saya ingat tunggu dah masuk lapan bulan baru buat persiapan. Insya-ALLAH saya akan mengekalkan huruf L dan A seperti Lara Alana untuk anak kedua nanti,” kata Scha yang baru saja menjadi duta Meeracle untuk tempoh sembilan bulan.
Berhasrat Mahu Tunai Umrah Tahun 2021
Scha juga menyatakan dia amat rindu untuk pergi melancong dan berhasrat mahu tunaikan umrah.
“Sejujurnya rindu untuk pergi melancong dan menunaikan umrah. Selain itu, kadang-kadang rindu juga nak tonton wayang.
“Harapan saya untuk tahun 2021 nanti, akan menjadi tahun yang lebih baik untuk tahun-tahun sebelumnya bagi semua orang.
“Saya juga berharap impian saya untuk menjadi usahawan berjaya dan hasrat untuk menunaikan umrah tercapai tahun depan,” ujarnya seperti dipetik menerusi Sinar Plus.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...