Resepi kek span yang dikongsikan oleh Azizi Rais (Didie Rais) ini paling mudah dan basic sponge cake. Tapi kalau asas pun dah gagal, macam mana nak hasilkan kek span yang gebu dan lembut kan.
Jadinya mak-mak, perhatikan dan pelajari cara membuat kek span paling asas yang dikongsikan ini. Sebelum itu, apa itu ‘pukul adunan sampai bertanduk?’
Benda ini penting ya mak-mak, sebab inilah salah satu rahsia kek span jadi gebu dan lembut. Maksudnya, adunan kek yang dipukul akan mengembang 5x ganda dan sehingga ia jadi padar dan kelihatan berketul-ketul.
Boleh rujuk video untuk lihat proses yang dimaksudkan. Iaitu adunan sudah cukup kental, padat dan bertanduk.
“Satu lagi, tekniknya selepas dibakar dan disejukkan, kek span tak perlu ditelangkupkan. Insha Allah, tiada lagi masalah kek mengecut jika ikut step by stepnya”
“Resepi ini asas kepada kek span yang gebu dan lembut. Jika nak perasakan cuma tambahkan pewarna dan perisa.
Ads
Kek Span Perisa Pandan
Bahan-bahan
5 biji telur ayam gred A
120 gram gula
150 gram tepung naik sendiri
50 ml minyak masak
1 camca besar ovalette ( membukit penuh )
Pewarna hijau dan esen pandan. ( optional )
Loyang 9 inci
Ini Cara Buat Kek Span Mudah Dan Gebu
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak. ( jika ingin kek berperisa pandan, oren atau sebagainya, boleh dimasukkan sekali time ni ).
Ads
Pastu mulakan dengan kelajuan perlahan , bila dah sebati gunakan top speed sampai adunan menjadi bertanduk.
Akhir sekali.. tuangkan minyak masak, kaup balikkan sehingga rata.
Ads
Masukkan dalam loyang 9″ yg telah dilapik dengan kertas minyak.
Bakar selama 40 minit dengan suhu 170’c atau golden brown atasnya.
Kena Tahu
√ Bila masak, sejukkan sebelum dikeluarkan. Tak payah nak terbalikkan.
Mudahkan.
√ Kek span ini juga boleh di deco menggunakan topping Buttercream dan Whip Cream.
Harga makanan di Cameron Highlands cekik darah, lelaki luah makan tomyam kena RM85. Bila sebut pusat peranginan Cameron, pasti selain udaranya yang sejuk, buah strawberi disalut coklat, nasi lemak strawberi, antara lain pastinya jalan sesaknya setiap kali hujung minggu atau ada cuti perayaan.
Kadang pengunjung menghabiskan masa berjam-jam mengadap jem terutama di kawasan Kea Farm yang mana ia menjadi tumpuan untuk membeli belah. Namun di sebalik tempat pelancongan terkenal, luahan seorang ketua keluarga @pokteh_rajin di tik toknya tentang harga makanan melampau di mana peniaga cekik darah menjadi viral di media sosial.
Harga Makanan Di Cameron Highlands Cekik Darah
Ini selepas dirinya berkongsi bagaimana peniaga di CH mengambil kesempatan di atas percutian orang ramai dengan menggandakan harga makanan yang disifatkan tidak masuk akal.
Dalam video dikongsikan dan menjadi viral dengan tontonan 2 juta orang, Pok Teh memaklumkan dia yang memilih untuk bercuti 4 hari 3 malam di CH terpaksa membatalkan niatnya dan balik lebih awal hanya 2 hari 1 malam selepas harga makanan dan hotel dinaikkan berganda-ganda.
Bermula dari harga pakej apartment, semasa booking dalam talian, harga dinyatakan cuma RM200 tapi apabila sampai sudah naik RM280 semalam.
Lelaki Luah Makan Tomyam Kena RM85
Tapi yang lebih mengejutkan harga makan malam iaitu tiga hidangan nasi putih, satu kangkung goreng belacan, satu telur dadar dan semangkuk tomyam selain fresh oren, teh panas dan teh o limau menelan kos RM85 untuk tiga orang.
Situasi tersebut disifatkan terlampau mahal dan berbeza dengan di kawasan kediamannya yang mana dia boleh memesan seekor ikan siakap dengan kos setinggi itu.
“Taubat dah tak nak ke CH lagi, harga melampau-lampau. Kita datang bercuti tapi ditekan oleh peniaga yang cekik darah. Tahun lepas pergi bercuti di sini sekitar RM600 lebih tapi kali ini kena RM1470 hanya untuk makanan dan penginapan.
“Adalah buah strawberi sikit, baju sehelai, lain tak ada tapi kos dikeluarkan terlampau tinggi.
Pok Teh turut berkongsi bagaimana di hujung minggu peniaga sengaja menaikkan harga tinggi kerana tahu ramai pengunjung.
“Bayangkan beli roti john hari Jumaat harga RM9, pergi lagi kedai yang sama hari Sabtu dah naik RM12. Betul-betul mahal katanya yang berkali-kali tidak akan jejak kaki lagi ke tanah tinggi ini lagi.
Tak hairanlah orang ramai lebih gemar melintas sempadan menuju ke Thailand kerana hotel dan makanannya masih berpatutan dan lebih enak sekaligus merugikan ekonomi pelancongan negara jika situasi begini tidak dikawal oleh pihak berwajib.
Musim-musim PKP ni, ramai je mak-mak beginner nak cuba masak resipi baru yang mungkin tak pernah dimasak sebelum ini. MW sendiri tak pandai nak masak pulut, mengenangkan takut nanti pulutnya tak sempurna masaknya. Tapi setelah diselidik rupanya, tak ada pengukus pun bukanlah penghalang untuk anda masak pulut. Asalkan ada rice cooker, insyaallah pulut mampu dimasak menggunakan peralatan ini.
Apa yang penting untuk memasak pulut bahan utamanya adalah beras pulut (apa-apa jenama), santan kotak kecil apa-apa jenama, sedikit garam dan juga daun pandan disimpulkan diletakkan ke dalam periuk.
Cara memasak pulut
Rendamkan beras pulut sekitar 30 minit sebelum memasaknya.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk rice cooker. MW gunakan dua pot beras pulut bersamaan dengan dua sukatan cecair. 1 pot untuk air manakalan 1 pot lagi untuk santan.
Jangan lupa tambahkan garam secukupnya dan daun pandan diikat bagi membangkitkan bau wangi pulut itu nanti.
Kemudian tekan button ‘cook’ pada rice cooker. Sesekali kacau pulut didalam periuk biar adunan santan tadi sekata dan bagi mengelakkan pulut dibahagian bawah berkerak
Masak sehingga button rice cooker dari ‘cook’ bertukar ke ‘warm’. Pulut anda sudah siap untuk dinikmati. Mudah bukan?
Bagi melengkapkan hidangan pulut anda, apa kata makan bersama mangga harum manis beserta santan, serunding, rendang, ikan masin ataupun dengan sambal bilis. Minum pulak dengan secawan kopi…baru lah lengkap
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malang sungguh tak berbau.Kesilapan dan kecuaian yang tak patut dilakukan apabila doktor tersilap dalam melakukan pembedahan.Seorang lelaki warga emas di Austria terpaksa menanggung derita apabila doktor melakukan kesilapan ketika pembedahan akibat penyakit yang dialaminya.
Doktor Tersilap Tanda Kaki Dipotong
Dalam kejadian yang berlaku di Klinik Freistadt, Austria pada 18 Mei lepas, doktor bertugas telah membuat kesilapan dan ‘terpotong’ kaki yang salah.Laporan agensi berita Reuters menyebut bahawa lelaki berusia 82 tahun itu menghidap pelbagai penyakit yang memaksa kakinya dipotong.
Namun sebelum pembedahan dilakukan, doktor terbabit telah terlibat tersilap menanda kaki sebelah mana yang patut dipotong.
“Kami sangat terkejut dan kesal dengan kejadian yang berlaku pada 18 Mei lalu ke atas pesakit berusia 82 tahun berkenaan.
“Malangnya, kaki kanan pesakit itu dipotong apabila kaki kiri yang sepatutnya dipotong oleh doktor.
“Kami perlu mencari punca dan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku. Kami ingin meminta maaf secara terbuka ke atas insiden yang berlaku ini,” kata pengarah perubatan klinik, Norbert Fritsch pada sidang akhbar.
Disedari Selepas 2 Hari Pembedahan
Mengikut laporan, kesilapan itu hanya disedari selepas pembalut pada kaki pesakit berkenaan ditukar pada Khamis lalu, iaitu dua hari selepas pembedahan dilakukan.
Menurut portal berita The Guardian, pesakit berkenaan turut tidak menyedari kesilapan itu.
Pesakit Terpaksa Menjalani Pembedahan Kedua
Pengarah Kesihatan klinik berkenaan Norbert Fritsch berkata, klinik berkenaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pembedahan dan pesakit terbabit ditawar sokongan psikologi selepas kesilapan yang berlaku dan terpaksa menjalani pembedahan kedua dalam tempoh terdekat bagi memotong kaki yang sepatutnya.
“Kami akan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas insiden ini,” katanya.
Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.Pada 2018, doktor di Rusia disiasat selepas didakwa memotong kaki yang salah pada seorang pesakit warga emas berusia 89 tahun.
Menurut anak mangsa, para doktor cuba menutup kesilapan yang dilakukan terhadap Maria Dronova dengan menyatakan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit yang dialaminya.
MW: Kasihannya. Kecuaian yang tak sepatutnya berlaku apatah lagi melibatkan pesakit warga emas.Pesakit terpaksa menanggung derita dan kesakitan dua kali akibat kecuaian ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...