‘Pukul 3 Pagi You Masih Dalam Sungai..’ Fazura Imbas Semangat ‘Awang’ Dalam Fattah Amin

Share

Filem Mat Kilau ini sedang trending di mana-mana. Perkongsian pelakon Nur Fazura yang memuji kegigihan suaminya, Fattah Amin menjiwai watak ‘Awang’ begitu menjentik rasa.

Ini kerana, ketika penggambaran filem epik sejarah ini, pasangan pelakon popular ini baru saja disatukan menjadi suami isteri. Bila mana, sudah ada permata hati, Nur Fatima Aisya barulah filem ini ditayangkan di panggung.

Maklum Fazura lagi, walaupun suaminya itu terpaksa berendam dalam sungai sehingga jam 3 ke 4 pagi. Demi menghidupkan lakonannya, Fattah Amin tetap gembira.

Lagi sweet bila mana, akui Fazura suaminya itu tetap tenang walaupun sedang kepenatan yang teramat.

Pukul 3 Ke 4 Pagi You Masih Dalam Sungai

Kongsinya Fazura di instagramnya :

Hi sayang,

Ingat tak masa you shoot cerita ni, kita baruuuu je kahwin. Ingat juga tak masa tu I punya risau kat you sebab banyak betul scenes yang buat I fikir macam-macam kat rumah, especially masa pukul 3-4 pagi you masih dalam sungai.. ada buaya ke? I asked.. you boleh ketawa je. But you being you.. always calm walaupun I tahu you penat gila, tak cukup tidur semua pun ada.

You were so passionate when given this role from the beginning, even more than any roles you ever played. So, memang I tunggu nak tengok filem ni. Best ke tak ni?

Baca : ‘Habis Terpelanting Popcorn Dia..’ Meremang Bulu Roma Tonton Filem Mat Kilau

Lakonan Fattah Amin Berada Dalam Kelasnya Sendiri

Well, let me just say that I’m in awe of it all. Your persembahan as “Awang” dalam filem ni dah letak you on another level as an actor. You have proven time and time again that you are incredibly talented!

Your talent, perseverance, humility and hardwork are truly admirable to me, so to say that I’m proud is an understatement. I’m so happy you get to also use your silent “Silat” skills for a good cause — something that you dreamed of doing for a long time.

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Congratulations my love. I look forward to seeing more of your achievements in the days to come.. here by your side always.. mudah-mudahan.. Amin!

Saya cinta kamu. @fattahaminz

Love, your super sweet wife.

Malah, ketika tayangan perdana filem Mat Kilau Fazura turut hadir sebagai tanda sokongan kepada kerjaya suaminya itu.

Menariknya tentang filem ini, baru 4 hari ditayangkan kutipan tiketnya sudah pun mencecah RM12 juta.

Mingguan Wanita : Tersuka tengok pasangan suami isteri ini, tenang dan relaks saja. Tahniah! Fattah Amin yang bukan biasa biasa seni lakonnya.

Sumber/ Foto : Fazura

Published by
Netty Ah Hiyer