Pujuk Anak Lelaki Masuk Dapur, 9 Formula Kasih Sayang Ini Akan Mudahkan Ibu Ketika Berpantang

Share

Tak ramai anak lelaki nak masuk dapur. Lagi-lagi ketika ibunya dalam pantang. Ibu ini telah buktikan yang formula kasih sayang dipraktik sejak anak lelakinya masih ‘rebung’ lagi telah berjaya memujuk anak-anak lelakinya masuk dapur dan memudahkannya ketika dalam pantang. Tip no. 9 paling penting sekali.

Perkongsian daripada Puan Siti Hanisah Azhari dalam grup MAHN baru-baru ini menarik perhatian Mingguan Wanita untuk menghubunginya dan mendapatkan tips selanjut daripada beliau.

Ini status yang dimuat naik

Anak Lelaki

Mak Tang duk bilik atas (pantang minggu ke-2),


Pak Tang pi mengopi,

Tiba-tiba dengar lesung batu berlaga kat dapur,


Owh lupa, kan cuti sekolah, semua anak-anak ada di rumah, 


Anak lelaki sulung duk masak nasi goreng untuk adik-adik makan.


Anak lelaki kedua dan ketiga siapkan air, pinggan dan lapik hidang,

Ambik.. setalam dia goreng, percaya tak, boleh habis diaorang makan ni.

9 Formula Pujuk Anak Lelaki Masuk Dapur

1. Anak Lelaki Suka Kuasa Membuat Keputusan Dan Nampak Kuat

Gambar anak lelaki memasak nasi goreng ini telah mendapat 10k like dan 342 share. Kemudian, ibunya tunjukkan hasil itu pada anak-anaknya.

“Cuba abang tengok, ramai tak orang sayang kepada anak-anak yang suka membantu ibu bapa. Kalau manusia sayang, bayanglah Allah sayang kita bagaimana.”

Anak lelaki suka kepada kuasa membuat keputusan dan menampakkan kekuatannya.

2. Pujuk Anak Lelaki Dengan Ayat-ayat Cinta

Ibu ini juga menggunakan kuasa kata-kata lembut dan pujukan seorang ibu. Tidak marah-marah.

Ayat yang kerap saya guna “Mama ni perempuan, tak sekuat abang dan adik. Allah beri kekuatan yang luar biasa kepada orang lelaki sebab tu abang dan adik kena banyak bantu mama.”

Nota Ibu Ini: Anak sulungnya lelaki, jadi dia paksa anak sampai jadi pandai buat semua kerja rumah. Supaya kahwin nanti tidaklah anaknya duduk macam raja di meja makan tunggu nasi sampai.

3. Guna Naluri Ibu Untuk Kenal Pasti Bila Paling Sesuai Buat Anak Lelaki Masuk Dapur

Si ibu tahu kemampuan anaknya. Jika di umur seawal 5 dan 6 tahun dia sudah tahu membezakan bahaya dengan tidak, boleh mendengar arahan dengan baik, boleh mengawal perlakuan bila berada di kawasan ‘red zone’… why not kita dedahkan dunia dapur kepada mereka.

4. Ajar Memasak Lauk Kegemaran Mereka Dulu

Ibu tak perlu pilih menu yang rumit. Mulakan dengan masakan yang simple. Seperti makanan kesukaan mereka.

5. Arahan Ibu Perlu Jelas

Ketika memberi arahan ibu kena jelaskan betul-betul. Ingatkan mereka masuk dapur hanya atas kebenaran ibu saja. Tak boleh suka-suka kerana ia melibatkan keselamatan mereka.

6. ‘Benda’ Tajam Simpan Baik-baik

Simpan kemas peralatan tajam dan bahaya di tempat yang anak-anak tak boleh capai. Dibimbangi jika diletak di tempat rendah, anak boleh capai dan bahaya untuk mereka. Anak-anak ini kan excited nak explore dan belajar satu-satu benda.

7. Ajar Mereka Berselawat Sentiasa

Semasa anak nak pegang periuk belanga, nak basuh beras, ikan atau sayur selawat ke atas nabi sentiasalah dibaca. Ini juga salah satu cara nak ajar anak rasa bersyukur di atas nikmat rezeki yang Allah berikan.

8. Bantu Mereka Kenal Benda Basic Di Dapur

Misalnya macam mana cara nak hidupkan api, macam mana nak guna pisau dan papan pemotong. Ajar sampai mereka mahir. Bila dah mahir ibu nak lepaskan sendirian pun tak rasa risau.

9. Suami Jadi Role Model

Salah satu contoh yang utama ialah abah mereka. Abah mereka, hero mereka. Abah mereka dididik dengan baik oleh ibu bapanya. Dia ringan tulang membantu hal rumah. Saya bersalin dan berpantang, suami la yang jaga dan uruskan segalanya. Dialah role model kepada anak-anak lelaki kami. Suami saya juga rapat dengan anak-anak.

Memanglah…

√    Mereka nampak masih anak kecil di mata kita tetapi bila mereka berada di kalangan rakan sebayanya, mereka akan nampak lebih matang dan pandai bawa diri.

√    Sebab itulah ibu kena bina self-esteem atau keyakinan diri anak-anak bermula dari dapur rumah anda.

√    Kami sebagai ibu bapa tidak memberi arahan kepada anak-anak. Kami membiasakan mulut menyebut, ’Tolong Mama’, ‘Tolong Abah’ dan diakhiri dengan ucapan ‘Terima Kasih’ untuk setiap task yang diberikan.

√    Anak saya lelaki yang besar 2 orang. Yang sulung umur 13 tahun sekarang belajar di Madrasah At Tazkiyah. Yang dirumah umur 11 tahun belajar di Sekolah Rendah TTSI Jaya Shah Alam

√    Di bawah mereka ada 2 lelaki dan 3 perempuan, usia 6, 5, 4, 2 dan 1 bulan setengah.

√    Tunjuk ajar adiik-adik hargai pertolongan abang-abang mereka. Dan abag bila adik-adik hargai mereka lebih semangat untuk buat kerja.

Sumber/Foto : Siti Hanisah Azhari – Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer