Pujian Tidak Selalunya Ikhlas, Kadangkala Ada Maksud Tersirat Dan Hasad!

Pujian pasti akan menggembirakan orang yang menerimanya. Tapi apakah pujian itu benar-benar ikhlas?

Inbox saya di Fb terbuka kepada sesiapa sahaja. Mereka bebas menghantar apa sahaja, asalkan bukan berbentuk hasutan, politik keterlaluan mahu pun unsur-unsur kelucahan.

Pujian Tak Ikhlas

Seorang wanita yang tidak saya kenali membuat kenyataan berikut; “Sayaberani cakap, orang yang puji itu jarang ada yang ikhlas. Tapi orang yang kutuk itu memang kutukan dia ikhlas.”

Termenung juga saya memikirkan falsafah itu, lama-kelamaan saya mendapat logiknya. Betul juga, bukan semua orang memuji kita ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa. Biasanya mereka mengharapkan perhatian kalau pun tidak habuan.

Lihat sahaja penyokong-penyokong politik, ketika berada dalam kem berkenaan semua yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tiada bangkangan langsung, semuanya betul. Tetapi sebaik sahaja terkeluar terutama kalau dipecat, semua yang dibuat oleh pihak berkenaan salah belaka.

Dahulu, mereka memuji gila-gila, sekarang mereka mengeji gila-gila. Jadi, untuk apakah pujian dahulu itu, tentunya disebabkan ada sesuatu, mungkin habuan, tak mustahil perhatian.

Baca lagi di sini:

Pujian Suami Boleh Jadi ‘Penawar’ Rasa Kurang Yakin Diri Isteri

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Pujian Tidak Selalunya Ikhlas, Kadangkala Ada Maksud Tersirat Dan Hasad!

 Penuh Hasrat

Seorang isteri asyik memuji suaminya, baguslah begitu tetapi benarkah ikhlas? Kalau sekadar untuk mendapat perhatian dan habuan, perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai ‘berbohong, temberang, berdusta’.

Seorang pekerja bawahan sentiasa memuji bosnya tidak kira apapun yang dilakukan oleh bos itu. Itu bodek namanya. Dia berbuat begitu supaya bos perasan akan kewujudannya, lalu kalau bos terfikir untuk menaikkan pangkat seseorang, moga-moga dirinya tertonjol sebagai calon.

Mengapa kita mengatakan dia bodek? Sebab, kalau benar ikhlas, cubalah buat teguran sedikit terhadap bos. Mustahil semua yang diperkatakan oleh bos adalah benar.

IKLAN

Begitu juga mustahil perbuatan seorang bos sentiasa betul. Sebagai manusia biasa dia tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Saat begini, beranikah menegur? Jika tidak berani bermakna semua pujian yang diberikan selama ini sememangnya menyimpan maksud.

Berhati Saat Memuji Dan Dipuji

Mungkin kita boleh berhati-hati apabila hendak memuji mahupun ketika dipuji. Usah terlalu cepat perasan, mungkin orang memuji disebabkan hendakkan sesuatu daripada kita.

Begitu juga apabila kita hendak memuji, pastikan pujian kita memang bersebab dan sebab-sebab itu adalah jelas dan tidak menyimpan sebarang niat tertentu. Semata-mata kerana orang itu layak untuk disebut-sebut kebaikannya, kehebatannya, kecantikannya atau apa juga, dalam kata lain selayaknya pujian itu buat dia.

Sengaja Diadakan

Pujian yang sengaja diada-adakan akan membuatkan orang itu hilang pertimbangan diri. Jika dia sememangnya jahat, kejahatannya akan bertambah, kitalah yang telah menjadikannya begitu.

IKLAN

Jika benar hendak memuji pun, pujilah ALLAH dahulu. Misalnya, “Sungguh luar biasa ALLAH telah menjadikan orang seperti tuan. Bukan sahaja kaya raya tetapi juga amat pemurah.”

Dengan berkata begini, kita telah menyandarkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Jika dia memang seorang yang baik, dengan disebutkan nama ALLAH dalam pujian kita, dia mungkin menjadi lebih baik.

Moga-moga dengan itu dia berubah sesuai dengan pujian yang kita berikan kepadanya. Hari ini, orang berasa seronok dipuji kerana pujian itu langsung tidak disandarkan kepada ALLAH, membuatkannya bebas bergerak, seolah-olah tiada apa-apa yang harus ditakuti hasil daripada pujian-pujian tersebut.

Terpedaya Dengan Pujian

Berbalik pada kisah wanita tadi, tahukah anda status wanita yang bercerita ini? Dia seorang yang tidak pandai memasak pada awalnya tetapi kerana dipuji masakannya sedap sedang dia sendiri tahu yang paling susah baginya adalah kerja memasak, bertahun-tahunlah dia dalam kedunguan itu. Oleh pujian yang tidak berasas itu dia tidak pandai-pandai memasak hingga bercerai tiga kali.

Namun, oleh kesedaran yang ada pada dirinya, iaitu “Orang yang puji itu jarang ada yang ikhlas,” akhirnya kini dia benar-benar menjadi seorang yang pakar dalam hal masak memasak hingga menjadi jurumasak peribadi seorang pegawai tinggi.

Sumber:  HM TUAH ISKANDAR al-Haj

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI