Pujian memang disukai ramai orang. Isteri pun begitu juga. Hati isteri pasti berbunga riang bila mendapat pujian daripada suami. Betul tak?
Wanita sangat sensitif bila bercakap soal penampilan dirinya. Jangan sekali-kali tanya tentang berat badannya! Tak kira sama ada dia berbadan XL mahu pun XS. Ini kerana kebanyakan wanita mempunyai perasaan tidak yakin pada diri sendiri walau pun hakikatnya mereka okay saja.
Ada saja kekurangan yang mereka rasakan lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. Terasa diri semakin kurang daya tarikan di mata suami hinggakan mula syak wasangka suami mula intai wanita lain!
Sebagai suami anda boleh memainkan peranan untuk membantu isteri rasa selesa dan yakin dengan keadaan fizikal dirinya. Berikut diberikan beberapa tip yang boleh dilakukan.
Ada suami yang gemar bergurau senda dengan isterinya. Kata-kata seperti ‘awak ni comel, macam beruang.” Atau ‘ awak tu dah macam papan keping. Lurus je…”. Agak-agak isteri rasa marah tak? Sebenarnya kata-kata suami walau pun dalam nada gurauan boleh menguris hati isteri dan membuatkan isteri terasa hati. Akhirnya timbul rasa rendah diri dengan fizikalnya. Jadi, jaga mulut anda ye wahai suami, walau pun sekadar dengan niat nak bergurau!
Isteri sentiasa menganggap suami lelaki terbaik untuknya. Tidak kira anda boroi, botak atau sebagainya, bagi mereka anda tetap paling handsome dan ‘sweet’ di mata mereka. Jadi, apa salahnya anda menganggap isteri anda begitu juga.
Walau pun mungkin bentuk fizikalnya sudah semakin berubah, tapi sentiasa puji isteri dengan kata-kata manis. “tak apalah awak badan besar. Yang penting awak sihat dan awak tetap cantik di mata abang…” Wah, cair hati isteri bila mendengarnya.
Isteri mana yang tidak terharu kalau suami belikan sesuatu untuk dirinya walau pun dia mampu membelinya sendiri. Itu adalah salah satu bentuk penghargaan suami buat isteri. Anda boleh belikan set mekap atau belanja isteri memanjakan diri di spa. Kalau nak isteri cantik, anda perlu bantu dia. Belikan dia pakaian yang bersesuaian dengan usia dan personaliti dirinya agar penampilannya lebih kemas.
Sekiranya isteri ingin ke spa, apa salahnya anda ambil alih tugas mengasuh anak-anak supaya dia dapat menikmati masa ‘me time’ dengan selesa. Apabila hatinya gembira, pasti akan menyerlahkan lagi kecantikan luarannya.
Sekiranya isteri nak diet dan bersenam untuk lebih kurus, sentiasa sokong hasratnya itu. Dalam masa yang sama, katakan padanya anda tetap terima diri dia seadanya dan cinta anda terhadapnya takkan pernah berubah walau pun fizikalnya sudah berubah.
Walau pun sudah semakin berusia, sentiasa ucapkan rasa sayang anda pada dirinya. Dengan itu dia akan rasa diri tetap disayangi walau pun dia sudah tidak secantik dahulu. Sebagai orang yang paling rapat dengan isteri, anda perlu bantu dia menerima diri dia seadanya.
Tidak kira apa pun saiznya, yang penting dia sentiasa menjaga penampilan diri. Ramai orang yang berbadan besar atau keding yang tetap cantik dan manis dipandang bukan?
https://www.mingguanwanita.my/biskut-coklat-cip-ala-famous-amos-mudah-nak-buat-dan-sedap/