Puff pastry inti kastard campur kaya Sunstar, kata wanita ini sangat sedap. Sebab nanti hasilnya se’creamy’ aiskrim vanila. Boleh Bayang kelembutan inti yang dihasilkan tu kan.
Paling penting, cara penyediaan ini ini pun mudah saja nak dibuat. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang mengejut pun masih boleh buat resepi ini dengan mudah.
Tidaklah perlu berlama-lama di dapur. Anda yang mahu mencuba resepi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini bolehlah cuba ikut langkah demi langkah yang diterangkan di bawah ya.
Kongsi Aisyah lagi, “Rasa nak yang manis-manis, ranggup-rangup.. kalo buat Puff inti kastard campur kaya SUNSTAR masyaAllah sedap!. Suka intinya sangat creamy macam aiskrim vanila! sesuai untuk hidang pada tamu cepat, sedap dan mudah”
Bahan Untuk Penyediaan Inti Kastard
- 300g susu full cream
- 30g tepung kastard
- 1 sudu besar esen creamy vanilla
- 1 sudu kecil esen french vanilla
- 2 sudu besar Seri Kaya SUNSTAR
- Gula perang secukup rasa dan secubit garam
- 300g non-dairy whipping cream
Bahan Lain Untuk Inti Kastard Creamy :
- 2 pek kecil puff pastry dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan.
Baca : Resipi Creampuff Kastard Sedap Dibuat Jual Dulu, Boleh Dapat 30 Biji
Cara Penyediaan
- Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
- Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat.
- Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
- Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (Chiller).
- Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu dan masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan inti yang telah siap ke dalam Piping Bag (Beg Pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar. #puffdapurpolis #puffpastry
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Aisyah Humaira
Follow Mingguan Wanita di Telegram, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube untuk mendapatkan berita terkini dan artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI