Puding Oreo Milo, Basahkan Acuan Dengan Air Supaya Mudah Dikeluarkan

Share

Sedapnya buat Puding Oreo Milo sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Gabungan Biskut Oreo dan Milo, anak-anak mesti suka. Apatah lagi jika dimakan ketika sejuk.

Baca Lagi Di Sini:

Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!

Mak-mak yang nak cuba buat sendiri Puding Oreo Milo ni boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Yahya

sebagai panduan.

“Permintaan anak-anak petang ni… Yummy”

RESEPI PUDING OREO MILO FY

Bahan-Bahan:

1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram

Cara Membuat:

1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.

3. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

4. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.

5. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!

Selamat mencuba!

Info Ekstra!

  • Kena suam-suam je lapisan adunan putih tu jangan keras sangat nanti tak lekat. Keraskan suhu bilik je.

MW: Sedapnya Puding Oreo Milo ni, makan sejuk-sejuk. Buat mak-mak yang nak rasa kesedapan puding ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan.

Sumber: Fauziah Yahya

Published by
Suhaidah Abd Wahab