Jika ada jamuan atau pot luck untuk makan-makan, boleh pertimbangkan untuk buat Puding Milo Oreo yang sedap ni. Bahan-bahannya pun tak banyak. Bagi penggemar milo dan oreo, resipi ni memang wajib dicuba.
“Pertama kali buat hari Ahad lepas, bawa ke open house club gym suami tapi tak sempat nak merasa. Jadi hari ni buat lagi”
10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
750 ml air
130 gm gula (2/3 cawan)
400 ml susu cair (1 tin)
70 gm Milo (3/4 cawan)
1 bungkus Oreo
1.Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut.
2.Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
3.Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
4.Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.
5.Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
6.Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras.
7.Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
8.Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.
9.Tuangkan adunan putih perlahan-lahan.
10.Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi.
12.Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo.
13.Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Nak cuba kelainan, mak-mak boleh buat Puding Milo Oreo ni untuk anak-anak dan keluarga. Sesuai sangat disediakan untuk jamuan atau makan-makan bila buat rumah terbuka.
Sumber: As Linda