Jika ada jamuan atau pot luck untuk makan-makan, boleh pertimbangkan untuk buat Puding Milo Oreo yang sedap ni. Bahan-bahannya pun tak banyak. Bagi penggemar milo dan oreo, resipi ni memang wajib dicuba.

Berikut perkongsian resipi oleh Puan As Linda sebagai rujukan;

“Pertama kali buat hari Ahad lepas, bawa ke open house club gym suami tapi tak sempat nak merasa. Jadi hari ni buat lagi”

Puding Milo Oreo

Bahan-Bahan:

10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
750 ml air
130 gm gula (2/3 cawan)
400 ml susu cair (1 tin)
70 gm Milo (3/4 cawan)
1 bungkus Oreo

Cara Membuat:

1.Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut.
2.Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
3.Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
4.Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.
5.Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
6.Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras.
7.Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
8.Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.
9.Tuangkan adunan putih perlahan-lahan.
10.Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi.

Ads

Puding Milo Oreo Bawa Ke Open House, Tak Sempat Merasa Jadi Buat Lagi11.Biarkan lapisan putih pula mengeras. (saya buat 2 layer adunan putih supaya Oreo menjadi 2 lapis).
12.Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo.
13.Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.

Puding Milo Oreo Bawa Ke Open House, Tak Sempat Merasa Jadi Buat Lagi

Ads

Siap, Selamat Mencuba!

Ads

Puding Milo Oreo Bawa Ke Open House, Tak Sempat Merasa Jadi Buat Lagi

MW: Nak cuba kelainan, mak-mak boleh buat Puding Milo Oreo ni untuk anak-anak dan keluarga. Sesuai sangat disediakan untuk jamuan atau makan-makan bila buat rumah terbuka.

Sumber: As Linda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI