PUDING MANGGA Jamuan Sekolah Anak, Sukatan Resipi Boleh Dapat 25 Bekas!

Share

PUDING MANGGA Jamuan Sekolah Anak, Sukatan Resipi Boleh Dapat 25 Bekas!Sekarang tengah musim mangga, ada yang dijual cukup murah mencecah 7kg untuk RM20. Memang berbaloi beli.

Jika di sekolah ada ada buat jamuan raya atau potluck di tempat kerja, sesuai sangat buat resipi puding mangga ini. Masam manis berlemak, sedap makan sejuk-sejuk. Malah memang mudah dan resipi ini untuk sukatan 25 bekas.

Baca perkongsian resipi daripada Puan Niza Zaini ini.

Puding Mangga..mentang-mentang la ni tengah 3kg RM10
#jamuanesok

Bahan-Bahan:

10grm serbuk agar-agar ( kalau jenis tali guna 20grm)
5 cawan air (guna cawan sukatan matrik)
3 sudu makan kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1/2 biji puree pelam ( isi mangga dikisar dengan sedikit air)
Sedikit garam ( untuk lebih lemak)
Perisa mangga (jika suka- saya tak letak)
Buah pelam dipotong dadu secukupnya untuk hiasan

Cara Membuat:

Campurkan kesemua bahan-bahan. Tapis dan kacau hingga mendidih. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam acuan dan letakkan potongan pelam tadi..siap.

 

Selamat Mencuba!

Mesti Baca: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat PUDING BUAH Resipi Maknya, Paling Mudah Dan Senang!
Baca Lagi Di Sini:CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!
Artikel Menarik:TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan

Mingguan Wanita: Musim buah mangga tengah murah ni, elok sangat borong buat puding mangga ni. Puas hati makan.

Sumber: Niza Zaini

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab