Makan

Puding Lumut Mentega, Manis & Berlemak, Syok Makan Sejuk-sejuk

Share

Puding lumut mentega antara juadah pencuci mulut yang enak dinikmati sejuk-sejuk. Rasanya yang manis dan berlemak pastinya membuatkan seisi keluarga menggemarinya. Paling penting nak buat pun senang!

Puding Lumut Mentega, Manis & Berlemak

Bentuk kejadiannya betul-betul membuka selera. Nampak macam lumut asli. Kalau berhajat nak cuba buat puding lumut mentega, berikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Mas Cotek.

RESIPI PUDING LUMUT MENTEGA

Bahan Puding Lumut:

1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna hijau

Cara membuat:

1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.

2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja

3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang

4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.

Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut

Syok Makan Sejuk-sejuk

Bahan Puding Mentega

Bahan A

3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)

Bahan B

1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550 ml air

Cara membuat:

1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.

2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati

3. Biarkan mendidih/tutup api

4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan

5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.

Sumber: Mas Cotek

Artikel berkaitan: Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Terasa-rasa Manis Buah Mangga

Puding Pandan @ Kanom Piak Poon, Ikut Resipi Wanita Ini Kongsi Mesti Jadi

Puding Biskut Marie Kurang Manis, Mewah Rasa Coklat, Begini Cara Nak Buat

Published by
Has