
Isi Kandungan
TogglePucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman. Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat.
Sebenarnya ada cara dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Boleh ikut cara rebus pucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Pucuk Ubi Kalau Rebus Nak Bagi Cantik & Nampak Hijau
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)
Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini
Cara rebus pucuk ubi:
- Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2. Bilas kemudian toskan.
3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4. Masukkan pucuk ubi tadi.
5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.

6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Sumber: Abd Rahman Tayun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SNOW ALMOND Cookies, Awal Buat Untuk Anak-Anak Sekarang Ada Peminat Tersendiri Di Shopee!

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka resipi biskut rangup ‘Snow Almond’ Cookies awalnya hanya buat untuk anak-anak di rumah, namun kini berjaya dijual dan mempunyai peminat tersendiri di Shopee. Itulah yang dikongsikan oleh Puan El-Ain Arzmi mengenai resipi biskut jualannya.
Biskut Snow Almond Cookies ini sangat sedap dengan secukup rasa lemak manis, pahit coklat biskut yang rangup.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini sebagai rujukan;
Resepi asal dari kakak Faizah Arzmi.Awal-awal buat untuk anak-anak je.Sekarang alhamdulillah ada peminatnye tersendiri di shopee dan area taman rumah.
Snow Almond Cookies
Bahan-Bahan:
250g butter (Brand buttercup)
1 1/2 cwn gula caster
*Kacau sehingga sebati. Tambah
1 cawan susu tepung
1 cawan serbuk badam
1 cawan nestum original
1 cawan tepung jagung
* Kacau sehingga sebati. Tambah
3 cawan tepung gandum
*Kacau sehingga menjadi doh lembut.Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
Bentukkan bulat-bulat dan bakar suhu 150’c masa 20minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Adunan ni boleh dapat dalam 90 biji biskut.
2 cawan Dark Beryls coin
2 sudu cocobutter
*Double boil sehingga coklat larut dan sebati.
Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.Ramai pelanggan confius putih-putih tu adalah serbuk kelapa tapi bukan ya tu ada serbuk roti atau breadcrumb.
Sedia dihidang.
InsyaAllah saya yakin resepi ini boleh buat jualan.Rasanya sangat sedap lemak manis pahit coklat biskut yang rangup.

Semoga dari berkongsi resepi ini mengalir pahala untuk kakak saya yang sedang berjuang melawan kanser paru-parunya dan diberi keajaiban kesembuhan.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi Cookies Ala FAMOUS AMOS, 1 Bancuhan Boleh Dapat 3 Jenis, Mudah!
Baca Lagi Di Sini:Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘Chocolate Chip Almond Cookies’
Artikel Menarik:‘BISKUT DATIN’ Rasa Macam Kuih Tart, Buat Lebih Senang Cepat Siap!
Mingguan Wanita: Mak-mak boleh cuba buat sendiri Snow Almond Cookies ini di rumah nanti. Nak buat untuk keluarga atau nak cari idea biskut untuk dibuat jual pun boleh sangat.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Sumber:El-Ain Arzmi
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

Isi Kandungan
TogglePemanis mulut ada banyak jenis termasuklah kategori pengat dan bubur. Rasanya yang lemak dan manis, pasti membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya tersenyum gembira. Ramai yang pasti menggemari hidangan pemanis mulut. Kalau tak menikmatinya, seolah-olah tak lengkap sajian yang dimakan.
BUBUR BUAH DELIMA
BAHAN-BAHAN:
100gm biji buah delima
250gm santan pekat
450gm air
100gm gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
- Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
- Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
- Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Lagi resipi di sini:
Uniknya Manisan Tradisional Melayu
Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang nangka – bentuk bunga
1 keping mi siput
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
250gm santan
650gm air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
- Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN BEBOLA PULUT:
100gm tepung pulut
50gm kelapa parut
30gm gula merah/melaka
Sedikit air

Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN UNTUK DOH:
1 helai daun pandan
100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
250gm santan pekat
100gm gula pasir
50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
- Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
- Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
- Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Siap untuk dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Peria Cantik Berkilat, Lepas Masak Pun Kena Sapu Sedikit Minyak

Isi Kandungan
ToggleKuih peria antara kuih tradisional kesukaan ramai. Rasanya lembut, manis berlemak dengan inti kacang merah. Nak buat kuih ni tak susah mana. Bahan-bahannya pun sikit sahaja.Rupanya antara tip kuih peria cantik berkilat yang mak-mak perlu tahu, selepas ia masak kuih ini perlu disapukan dengan sedikit minyak.
Boleh cuba resipi kuih peria yang dikongsikan oleh Puan Afifi Pauzi ini sebagai rujukan;
“Alang-alang anak request nak kuih peria 3 bji je bekal sekolah esok.Hijau-hijau pun tak pahit peria ni…”
Bahan-Bahan:
1paket tepung pulut
1cawan tepung gandum
Air secukupnya
Pewarna merah/hijau
Inti kacang merah boleh beli yang siap
Daun pisang ikut besar kukusan masing-masing
Sedikit minyak
Pisau plastik (yang potong kek tu) untuk buat jalur peria
Cara Membuatnya:
1.Campur semua tepung tadi, bancuh dengan air, masuk pewarna sekali..(bancuh macam buah melaka@onde-onde)
2.Inti pula bentukkan memanjang.
3.Sapu minyak ditangan,ambik tepung tadi letak inti kat tengah tepung tadi, kemudian bentuk macam dalam gambar…saiz terpulang.
4.Ambik pisau plastik tu tekan sedikit buat jalur peria.
5.Susun atas kukusan yang dah dilapik daun pisang dan disapu minyak.Toreh sikit daun pisang supaya senang wap-wap tu masuk.
6.Kukus selama 5-6 minit saja.
Siap…Selamat mencuba!

Tip Ekstra!
*Lepas masak pun kena sapu minyak sedikit baru dia cantik berkilat.
* 1/2 kilogram tepung pulut boleh dapat dalam anggaran dalam 28-30 biji kuih. Namun ia bergantung juga pada saiz yang dibentuk.
MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat kuih peria ini bolehlah cuba resipi yang dikongsikan. Sangat cantik, kemas dan elok kejadian kuih peria ini. Rasanya pun memang sedap dan anak-anak mesti suka.
Sumber: Afifi Pauzi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI