Diam tak diam, bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ini dah semakin pulih dari sakit ketumbuhan dalam mulut yang pernah dialami sebelum ini, ‘Germ Cell Tumor’.
Makin comel dan lasak, tak reti duduk diam pun iya. Hal ini diakui sendiri oleh ayahnya, yang bimbangkan keadaan anaknya, Ainul yang mula menolak bila mahu dipakaikan oksigen.
Sehingga usia Ainul ketika ini, dia masih perlu bergantung dengan bantuan Oksigen. Maka, mak ayahnya lah yang perlu memujuk malah berjaga di malam hari bagi memastikan Ainul mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Biar pun diuji dengan anak sakit, kedua ibu bapa ini cekal dan sentiasa positif. Malah, kegigihan mereka membesarkan Ainul dengan sabar menjadi inspirasi ibu bapa di Malaysia yang berdepan ujian anak sakit.
Kongsi bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, “Lasak sangat dah dia ni. Langsung dah tak mahu pakai oksigen. Selalu minta didokong dan bawa berjalan. Suka betul dia.
Ini gambar dia tengah termenung sebab kena ” cas ” sekejap. Dah main-main, lepas tu ainul kena cas oksigen semula supaya dia tak kekurangan oksigen. Lepas tu sambung main semula.
Tapi masalahnya cas tak sampai 5 minit, dia dah cabut balik. Kesian orang yang menjaganya!”
Tak mudah sebenarnya nak beri Ainul pakai oksigen ini. Katanya lagi, “Betul-betul dah tak reti duduk diam. Lepas tu dah reti cabut oksigen. Ainul macam dah tak nak pakai. Ya, part ni yang kena risau sikit. Sebab bila malam time tidur dia cabut, naya je. Tapi so far kami suami isteri memang tidur tak nyenyak mana pun bila malam hari. So kalau Ainul terbatuk sikit je kami memang lekas bangun tengok ainul
.“Tapi apa pun alhamdulillah. Keadaannya semakin baik. Akal pun makin panjang. Puasa tahun lepas adalah waktu sukar yang dilalui Ainul. Tapi puasa tahun ini, Ainul semakin pulih.
Doakan Ainul cepat cepat kuat dan boleh hidup tanpa bergantung dengan oksigen. Aminn!”
Ramadan ini pun Ainul dah pandai menutup alat bantuan pernafasan (trancy) dengan tangan sendiri dan mengeluarkan suara. Perkembangan positif Ainul ini tentunya menggembirakan kedua ibu dan ayahnya.
Berbeza dengan Ramadan sebelumnya, ibu dan ayah ini diuji Ainul sakit ketumbuhan dalam mulut ‘Germ Cell Tumor’ sehingga memaksa mereka mendapatkan rawatan untuk anaknya.
Malah seminggu sebelum Aidilfitri, mereka diterbangkan ke London untuk Ainul menjalani pembedahan di sana. Ainul juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun lalu.
Sumber/Foto : Ahmad Safiuddin, Ahmad Safiudinn, nrlerwani, Berita Harian