Puasa Sunat Syawal TAK BOLEH DIGABUNGKAN Dengan Puasa Ganti, Buat Yang Wajib Dulu!

Puasa sunat Syawal atau puasa enam dilakukan sepanjang bulan Syawal sebaik tamatkan Ramadan. Ketika ini, ramai wanita yang ambil peluang untuk puasa sunat disekalikan dengan puasa qada. Boleh ke?

Ikuti perkongsian daripada Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, pendakwah bebas. https://www.facebook.com/yaakub73

Giatkan Aktiviti 

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini, Allah ‘Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899.

Puasa Sunat Syawal TAK BOLEH DIGABUNGKAN Dengan Puasa Ganti, Buat Yang Wajib Dulu!!

Ramai Yang Leka

Namun demikian apabila Syawal menjelma, terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal dilihat seperti bulan untuk berehat daripada melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakaian yang tidak mengikut spesifikasi syariat, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.

Ads

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertakwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketakwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Tingkat Keperibadian 

Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertakwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah sa.w:

“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, No: 1164.

Ads

Umpama Berpuasa Setahun

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

“Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Mulakan PuasaPada Syawal Kedua

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan puasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagai mana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i.

Ads

Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Tak Ada Dalil Puasa Qada dan Sunat Serentak

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya daripada  mana-mana hadis Nabi s.a.w yang sabit.

Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.

Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

https://www.mingguanwanita.my/turun-naik-tangga-rumah-pun-boleh-jadi-senaman-paling-senang-cepat-bakar-kalori-baik-untuk-jantung/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI