Nak masuk bulan Ramadan ni, mesti ramai ibu menyusu risau takut susu drop banyak. Maklumlah nanti tak boleh makan dan minum macam biasa. Tetapi kata Puan Noorfazila Andul Rahman, pemikiran itu salah!
Haaa…. nak tahu apa punca sebenarnya yang membuatkan susu mak-mak menyusu drop, semak sini dan sila betulkan.
ISLAM itu agama yang mudah, banyak alternatif yang di beri pada ummatnya yg penting ibadah dapat dipelihara sebaiknya. Sama juga dengan berpuasa untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Allah swt kurniakan “RUKHSAH” yang bermaksud “KERINGANAN” atau “KELONGGARAN”, ia merupakan “HADIAH” untuk menunjukkan betapa kasihnya sang PENCIPTA kepada seluruh umatnya yang bergelar seorang ibu yang sedang menyempurnakan perintahNya dan menyampaikan hak untuk anaknya.
Ini semua berbalik pada pilihan, jika ibu benar-benar mampu melaksanakannya lakukan lah sebaiknya. Terutama buat ibu yang belum didatangi haid (menyusukan mampu melewatkan haid) seperti saya. Bukan selalu kita dapat keistimewaan seperti ini (berpuasa penuh di bulan ramadan seperti anak-anak kecil yang belum baligh).
Ada banyak pilihan dan cara untuk melakukannya, bukan bermakna jika kita berusaha menyempurnakan puasa kita seolah sombong dan tak sudi untuk menerima hadiah tersebut, tapi tak salah jika kita simpan hadiah tersebut untuk kita kejar peluang menerima “HADIAH” yang jauh lebih baik lagi tetapi jika anda benar-benar tak mampu, tak menjadi kesalahan pun untuk anda meninggalkan puasa untuk mengelak sebarang mudharat kepada anda dan anak.
Saya lihat ada ibu yang berlumba-lumba membuat stok EBM sebelum Ramadan tetapi masih merungut bila bulan Ramadan menjelma. Sayang kerana mereka takutkan perkara yang tidak sepatutnya mereka takutkan (susu akan drop waktu puasa) sedangkan hakikatnya PUASA tak membuatkan susu drop pun jika betul caranya.
Yang membuatkan hasil drop mungkin disebabkan ibu terlalu penat, stress dan makan dgn cara yang salah. Tapi apa yang saya lihat punca utama kegagalan ibu ialah MINDSET. Jika sebelum RAMADAN dah di pasak dalam fikiran “susu akan drop waktu puasa” itu lah yang ibu akan terima. Mana mungkin ibadah yang diperintah oleh Allah swt membawa mudharat pada hambaNya.
Jadi saya harap selepas ini ibu-ibu berhentilah berfikir yang PUASA menjadi punca susu drop, percayalah badan anda tetap menghasilkan susu seperti biasa menggunakan simpanan zat yang sedia ada di dalam badan. Jadi anda makan atau tidak waktu siang, badan anda tetap menghasilkan susu. Jika anda rasa hasil anda sedikit drop, sebenarnya waktu inilah anda perlu manfaatkan stok yang anda kumpul tersebut. Lalui lah bulan keberkatan ini dengan tenang dan mudah. Positifkan hati lalui hari-hari dengan semangat dan kesungguhan. Untuk membantu anda menjalani ibadah puasa dengan baik tanpa stress selain berfikiran positif mungkin anda boleh cuma tips ini:
CHECKLIST PENYUSUAN DI BULAN RAMADAN
Pastikan jangan sesekali tinggal waktu sahur, makanlah nasi atau makanan yang agak berat. Jangan makan makanan yang banyak minyak. Makan sayur dan buah banyak. Makan KURMA banyak pun ok, dulu saya suka makan oat dengan minuman malt.. pemakanan yang seimbang juga penting bagi memastikan komposisi kandungan susu ibu yang kita hasilkan tidak terganggu dan zat simpanan dalam badan yang digunakan sewaktu menghasilkan susu dapat diganti semula.
Adjust jadual pam supaya pam hanya 2 kali saja waktu siang, jadi anda perlu pam selepas bersahur atau selepas solat subuh. Selepas berbuka dan solat maghrib boleh pam sekali lagi. Sebelum tidur pam untuk sesi terakhir. Jadi jumlah sesi mengepam tetap kekal 5 kali sehari.
Minggu pertama berpuasa kekal kan sesi pam seperti biasa. Jika anda rasa terlalu letih terutama pada waktu petang barulah tukar jadual pam seperti berikut :-
SESI 1 : Selepas sahur / Sebelum solat subuh
SESI 2 : 10.30 / 11.00 pagi
SESI 3 : 2.30 / 3.00 ptg
SESI 4 : Selepas berbuka
SESI 5 : Sebelum tidur
Minum air secukupnya, minumla sebanyak yang boleh kerana badan kita memerlukan air yang cukup untuk menjalankan fungsi badan termasuk menghasilkan susu. Air yang cukup mampu membawa oksigen ke otak dan mengelak kita dari keletihan yang teramat. Selain air kosong minumlah air buah, minuman malt dan makan makanan bersup.
Jika anda tidak larat, gunakanlah stok ebm untuk memberi anak menggunakan botol / sudu / picagari waktu petang..jika anak menolak minta bantuan suami atau anak yang lebih besar untuk memberikannya pada anak.
Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang. Makan banyak sayur dan buah waktu berbuka dan bersahur. Elakkan makan makanan yang terlalu berminyak dan mengandungi kafein. Makan makanan yang berat terutama nasi sewaktu berbuka dan bersahur kerana anda perlukan tenaga dan kalori yang lebih untuk menghasilkan susu.
Makan KURMA lebih kerana ia mampu menghasilkn tenaga. Selepas makan nasi boleh bancuh OAT, makan roti atau biskut oat cicah air waktu sahur.
Pastikan anda pam sebelum tidur atau kerap susukan anak waktu malam untuk pastikan lebih banyak demand untuk penghasilan susu di waktu siang.
Buat sang suami, sediakanlah makanan berkhasiat untuk isteri anda yang sedang komited menyusukan anak. Jika isteri mengadu tentang susunya yang drop berilah sokongan dengan membeli makanan2 berkhasiat, bukan mencari susu formula untuk anak menggantikan susu ibu!
SELAMAT MENCUBA DAN BERPUASA BUAT SEMUA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK!