Tak rugi apabila rajin berbudi pada tanah. Memang puas hati hasilnya apabila tanaman menjadi, tuai kobis besar dan beratnya hampir 1.5kg sebiji. Jimat belanja dapur, tak perlu beli sayur-sayuran lagi. Malah paling penting, boleh petik sayur segar tanpa menggunakan sebarang racun serangga.

Ini antara tip tanam yang dikongsikan oleh Cik Dadida dalam menamam sayur kobis.

Tuai kobis season ke-3 tanam berperingkat untuk elak dari kobis besar serentak ini tuaian kobis terakhir yang tanam dalam polibeg masih ada kobis yang ditanam di tanah tu pun tak lama lagi dah boleh tuai.

Alhamdulillah bila dah tau cara betul tanam kobis insyallah umur 60-70hari lepas pindah anak pokok ke polibeg dah boleh kutip hasil.

Puas Hati Tanaman Menjadi, Tuai KOBIS Besar Berat Hampir 1.5kg Sebiji!

Antara Tip Yang Dikongsikan;

  • Kobis yang ditanam kobis jenis separa bulat benih Green Eagle.
  • Purata berat yang Cikda pernah dapat hasil tanam benih ni 1kg-1.5kg sebiji.

Puas Hati Tanaman Menjadi, Tuai KOBIS Besar Berat Hampir 1.5kg Sebiji!

 

Puas Hati Tanaman Menjadi, Tuai KOBIS Besar Berat Hampir 1.5kg Sebiji!

  • Medium tanah guna campuran tanah pasir dan tanah hitam sawit.
  • Guna polibeg saiz 16×16 dan pembajaan setiap 2 minggu sekali guna npk 16,16,16.
  • Sepanjang tanam hanya 2 kali baja mengguna npk 16,16 (1 sudu setiap kali baja ) tanpa sebarang racun serangga dan sayur-sayur yang lain pun sama tak menggunakan sebarang racun serangga.

Puas Hati Tanaman Menjadi, Tuai KOBIS Besar Berat Hampir 1.5kg Sebiji!

Ads

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Tanam KOBIS BUNGA Lebih Cantik, Warna Putih Bersih,’Tutup’ Guna Daun!
Baca Lagi Di Sini:Kobis Gulung Sedap Buat Kunyah-Kunyah, Sesuai Juga Bagi Yang Nak DIET
Artikel Menarik:TIP Tanam Sayur KUBIS BUNGA, 3 Atau 4 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil

Mingguan Wanita:Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam kobis ikut tip yang dikongsikan ini. Memang puas hati hasilnya, besar sungguh. Jimat belanja dapur tak perlu beli sayur.

Sumber: Cik Dadida

Ads

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Puas Hati Tanaman Menjadi, Tuai KOBIS Besar Berat Hampir 1.5kg Sebiji!

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Ads

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI