Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan pendekatan mesra pelanggan bagi membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman pendidikan.
Seiring dengan komitmen ini, PTPTN memperkenalkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang akan berlangsung mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025.
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan peminjam melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui platform myPTPTN.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk memperkenalkan kelebihan transaksi tanpa tunai kepada orang ramai.Sebagai dorongan kepada peminjam, PTPTN menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada 25 pemenang bertuah, di mana setiap pemenang akan menerima RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN.
Bagi pelanggan baharu yang menjadi pengguna myPTPTN ke-2.5 juta dan berjaya membuat pengesahan identiti, mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai khas sebanyak RM2,500, juga dalam bentuk bayaran balik pinjaman.
Penyertaan dalam kempen ini sangat mudah dan automatik. Peminjam hanya perlu:
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, peminjam boleh menggunakan aplikasi web myPTPTN untuk membuat rundingan bagi pelan pembayaran fleksibel melalui inisiatif #PTPTNBolehBincang dan #PTPTNSediaBantu. PTPTN komited dalam menyediakan saluran perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat untuk membantu peminjam menyusun semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.
Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam mengenai kepentingan bayaran balik secara konsisten. Dengan kelancaran pembayaran balik, kelestarian dana pendidikan dapat diteruskan bagi generasi akan datang. Selain itu, hadiah yang ditawarkan turut memberikan tambahan kewangan yang dapat membantu peminjam dalam memenuhi tanggungjawab mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, peminjam digalakkan untuk melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau memuat turun aplikasi myPTPTN bagi mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.