Hiburan

‘Projex Hantor Sumbangan Kluang’, Usaha Murni Sharol Ibarat Hero Yang Tak Didendang

Share

Dalam diam Shahrol Azizie Azmi  atau Shahrol dari kumpulan Shiro dilihat begitu gigih membantu  dengan memberi bantuan kepada penduduk-penduduk Kluang, Johor.

Baru-baru ini Shahrol telah melaksanakan -PROJEX HANTOR SUMBANGAN KLUANG- Shahrol tidak bersendirian dan dibantu oleh beberapa sahabat-sahabat.

Sentiasa Ambil Peduli Tentang Anak Muda

Menerusi status yang Shahrol yang dipetik menerusi akaun Facebooknya  Shahrol Azizie Azmi  , Shahrol mencoret;

“Maka bohonglah diri saya jika saya bergerak sendirian di Kluang tanpa bantuan sesiapa..Saya rakamkan Jutaan terima kasih anak2 muda Kluang, sahabat2 dari Food Panda dibawah saudara Daiyan, Saudara Khairul Ketua Pemuda Kluang dan sahabat2 Pemuda UMNO kluang dan saudara Halim Amin dari UMNO bhg Kluang..

“Juga kpd insan yg sentiasa mengambil peduli tentang anak muda di Johor Dato Onn Hafiz exco pelancongan belia dan sukan Johor dan Ketua Polis Kluang Tuan Mohammad Abduh serta pegawai dan anggotanya..

“Semoga sumbangan ini dimanfaatkan dan sampai ke tangan yang berhak..Doa sy yg baik2 mengiringi kalian semua..Kepada Allah kita berserah semoga keadaan kembali pulih..🤲🏻

“Dalam hidup ini, jika kamu tak mau membantu sesama kamu, maka kamu bukan benar benar hidup, kamu hanya bernafas”.

#AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender #PemudaKluang #GROMJ

 

Bangkit Membantu

“Yer..KAMU semua adalah sahabat aku..Terima Kasih” 🙏 #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender #PemudaKluang #KitaJagaKita

“Angkat kalau dia jatuh,
bantu kalau bermasalah,
hibur kalau dia sedih,
Insyaallah hidup menjadi lebih INDAH🌻”

“Orang bijak berpesan “Jika tak boleh membantu, jangan mengganggu”😎
– ARTIS – Aku Rakyat Tetap Insan Sederhana.”

Membantu keluarga memerlukan.
Komen dan doa yang baik dari warganet

Usaha yang dilakukan oleh Sharol ini sememangnya wajar diberi pujian dan harus dicontohi oleh insan lain.

Sumber Foto & Petikan dari Facebook Shahrol Azizie Azmi

 

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh