Bubur lambuk warisan. Mungkin setiap negeri mempunyai rasa dan cara masakan berbeza. Seronoknya, kebiasaan penyediaan dilakukan secara bergotong royong di masjid sebelum berbuka puasa.
Begitu juga dengan Majalah Rasa, ini adalah tahun ke 5 menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023 yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, baru-baru ini.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek ini adalah dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Uniknya tentang program agihan bubur lambuk tahun ini, ia menampilkan 10 resipi bubur lambuk nostalgia dari seluruh negara, dan setiap resipi ada menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kg rempah ratus BABA’S telah disumbangkan dan digunakan.
Kesemua produk BABA’S diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa. Kami berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan skala yang lebih besar lagi dan kami akan terus menyokong dan berkerjasama dengan Nu Ideaktiv untuk meneruskan tradisi agihan bubur lambuk ini di masa depan”, Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Bagi tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Selain itu, majalah tersebut turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.