Siapa yang tidak mengenali Puan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita. Beliau merupakan pengasas JRM Holistik Sdn Bhd dan bertindak selaku Pengarah Urusan sejak ditubuhkan pada tahun 2011.
JRM Holistik memfokuskan kepada formulasi dan kombinasi perawatan secara holistik menggunakan herba-herba eksklusif dari seluruh pelosok dunia dan menjadikan formulasi herba JRM Holistik sangat istimewa. Lebih menarik apabila setiap produk JRM Holistik ini diformulasikan oleh pengasasnya yang dikenali sebagai perintis herba di Malaysia iaitu Puan Rozita Ibrahim sendiri.
JRM Holistik Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan jualan produk antaranya
kosmetik dan suplimen kesihatan ini mempunyai rangkaian perniagaan terdiri
daripada stokis dan pengedar di seluruh Malaysia.
Antara stokis yang menjalankan perniagaan di bawah jenama JRM Holistik ini ialah Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) yang diterajui oleh Puan Nazatul Azlin bersama barisan pimpinan beliau di Negeri Sembilan.
“Bukan mudah sebenarnya menjadi stokis di bawah jenama JRM Holistik ini kerana
Bonda Rozita Ibrahim sangat mementingkan peribadi dan kesetiaan untuk mereka
yang berdamping dengannya. Namun setelah hampir 7 tahun menjadi anak didik
Bonda Rozita Ibrahim, saya sentiasa mencabar diri dan bertanggungjawab mengemudi legasi jenama gah ini di Negeri Sembilan,” ujarnya kepada media.
Ads
Baru-baru ini, OBSN menganjurkan Program JRM Biso Bonar untuk kali ke-tiga di Negeri Sembilan yang turut menyaksikan kehadiran lebih daripada 1000 orang peserta dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan.
Program JRM Biso Bonar bertujuan untuk memberikan pelbagai tip dan
perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia ini turut diserikan
dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah
Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi majlis.
Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan memaklumkan dalam ucapan perasmian beliau bahawa wanita secara amnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan moto Malaysia Madani serta menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor ekonomi juga professional di Malaysia dan seluruh dunia.
Ads
Antara tetamu kenamaan yang turut hadir memeriahkan program ini ialah YBhg. Datin
Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat
Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN
Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan,
Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO
Negeri Sembilan.
Program yang bermula pada seawal 8.00 pagi dan selesai kira-kira pukul 5.00 petang
ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual
Bicara Eksklusif ‘Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang’ oleh Bonda
Rozita Ibrahim dan ceramah ‘Orang Hebat, Sihat Emosi’ oleh penceramah selebriti,
Ustazah Asni Mansor.
Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila. Selain itu, pelbagai reruai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas, Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah, Jualan Pecah Gudang pelbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang disediakan.
Ads
Puan Olin dalam ucapan beliau menyatakan tujuan Program JRM Biso Bonar, selain
daripada membina jaringan kenalan yang berpengaruh ia juga dapat menjadi medium
buat para peminat tegar dan pengguna JRM supaya membeli produk ini melalui
pengedar sah di seluruh Negeri Sembilan.
” Saya ingin mempelawa para wanita terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Negeri Sembilan untuk menjadi pengedar produk JRM ini seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga kecil mereka”, ujarnya.
Pada majlis yang sama, Puan Olin bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd juga dalam perancangan memperbanyak program berunsur kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita
yang memerlukan.
Majlis tersebut turut menyaksikan solidariti bersama rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan di mana pihak Olin Beauty Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan seusai perasmian Program JRM Biso Bonar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 anjuran Mingguan Wanita dan NONA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta MyMall telah melabuhkan tirainya dengan menerima lebih 10 ribu pengunjung selama tiga hari di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya baru-baru ini.
Karnival ini menampilkan lebih daripada 100 reruai yang mempamerkan pelbagai produk daripada usahawan wanita tempatan, termasuk produk kecantikan, makanan, dan fesyen.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat antaranya termasuklah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad, YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din serta Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd Syamil Fahim.
Acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel dan forum keusahawanan antaranya termasuklah sesi perkongsian bersama, sesi santai bersama selebriti usahawan, serta persembahan artis tempatan.
Antara selebriti dan usahawan yang berkongsi ilmu mengenai bidang perniagaan termasuklah Cikgu Samm seorang usahawan yang aktif dalam memberikan bimbingan kepada usahawan tempatan mengenai cara memborong produk dari China secara dalam talian, usahawan dan pereka kasut terkenal, Christy Ng, jurusolek dan personaliti media sosial, Mek Dinda dan beberapa lagi personaliti dan usahawan tempatan.
Selain itu, platform e-dagang MyMall, yang diterajui oleh KUSKOP, turut menyediakan sesi taklimat untuk para usahawan tempatan dalam usaha membantu mereka memahami kaedah mengembangkan perniagaan melalui strategi digital terkini.
Sepanjang karnival yang berlangsung selama tiga hari para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai tawaran menarik oleh para peniaga di samping beberapa aktiviti pentas yang berjaya menarik minat para pengujung antaranya termasuklah pertandingan ratu karoks, ratu jengga dan beberapa aktiviti lain.
Acara Kemuncak
Di malam kemuncak Karnival Usahawan Wanita 2024, seorang pengunjung bertuah telah menerima hadiah istimewa berupa penginapan 2 hari 1 malam di The Villas, Sunway resort Hotel bernilai RM5,000.00.
Penganjuran Karnival Usahawan Wanita 2024 berjaya mencetuskan gelombang perubahan dalam kalangan komuniti, terutama golongan wanita, untuk mendalami ilmu dan potensi perniagaan mereka, serta memperkukuh jaringan perniagaan dalam komuniti keusahawanan Wanita. Semoga inisiatif seperti ini diteruskan pada masa akan datang untuk terus memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita mencapai kejayaan.
Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur: Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan. Pada malam yang istimewa minggu lalu, Grand Johor Ballroom di Shangri-La Kuala Lumpur bercahaya dengan sinar kasih sayang dan kegembiraan.
Majlis tahunan “Embrace Gift of Life” menyatukan 140 tetamu yang mewakili kepelbagaian masyarakat termasuk 60 anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Qaseh Ibu dan juga anak-anak penerima Embrace bersama keluarga mereka.
Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur
Majlis ini tidak sekadar sekadar majlis berbuka puasa tetapi satu usaha bersama untuk menyokong program amal yang telah berlangsung sejak 1985.
“Embrace Gift of Life” merupakan tangan kasih kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung bawaan atau penyakit jantung yang serius. Dana yang dikumpul pada malam itu dan di setiap majlis sebelum ini, membawa sinar harapan kepada keluarga yang memerlukan.
Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, Daniel Kaeflein, menyuarakan rasa terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau menegaskan komitmen hotel untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang prihatin.
Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan
Baginya, “Embrace Gift of Life” bukan sekadar program amal, tetapi satu panggilan untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Pada malam itu, semangat kebaikan begitu kuat. Para tetamu dan sukarelawan berkongsi senyuman dan cerita, seolah-olah masa berlalu tanpa bebanan, tanpa kesedihan.
Melihat kegembiraan di wajah anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu menikmati makanan penuh berselera dan bermain ternyata kasih sayang ini turut menyatukan semua orang.
Istimewanya, majlis ini turut mendapat rakan penaja yang prihatin. Bas Hop On Hop Off telah menyediakan pengangkutan bagi anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu, memastikan mereka tiba dengan gembira dan selamat selain kerjasama dengan Nanyang Press.
Persembahan anak-anak Istimewa dari Heavenly Star Music Academy turut memeriahkan majlis. Bakat-bakat kecil berusia 3 hingga 12 tahun memukau hati para tetamu dengan bakat mereka yang mengagumkan. Di antara nada-nada yang indah, kita merasakan betapa berharganya setiap momen yang kita miliki.
Shangri-La Kuala Lumpur dengan tegas mengulangi komitmen mereka untuk menyokong program “Embrace Gift of Life” dan inisiatif komuniti lainnya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali menyebut tentang persiapan perkahwinan, pasti ia menuntut masa dan perbelanjaan yang besar. Ekspo Ijab Qabul 2023 yang telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam September lalu kini berkesinambungan di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur.
Bermula hari ini hingga 5 November, ekspo diasas dan diterajui pasangan adik beradik lelaki, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim ini terus menawarkan tawaran istimewa buat bakal pasangan raja sehari.
Acara berdaftar di bawah syarikat Nightbloom Events ini menghimpunkan lebih 44 tapak vendor kerja kahwin selain menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung.
Malah menurut Shamsul Azhar, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu ‘Ekspo Kahwin Paling Best” dan “All Your Wedding Needs, Under One Roof”, acara itu turut menawarkan potongan harga jualan akhir tahun hingga 70 peratus.
Nak Buat Persiapan Kahwin?
“2023 sudah bakal melabuhkan tirai. Namun, kami tidak mahu membiarkan pengakhiran itu berlalu begitu sahaja. Justeru, tawaran jualan harga sehingga 70 peratus itu semestinya tidak boleh dilepaskan. Ini kira edisi terakhir Ekspo Ijab Qabul sebelum 2024 bertandang.
“Kemasukan dan parkir juga adalah percuma. Kami juga turut berbangga kerana acara ini mendapat kerjasama dan sokongan D’Intan Wedding Planner, Khulafa Studio, JV Craft & Gifts dan, Ceres Gold.
“Tak ketinggalan ‘caterer’ Kumpulan Enak Rasa da Mursyid Alharamain travel. Tentunya duta dan wajah acara ini, pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli turut memeriahkan suasana. Cabutan bertuah setiap hari sepanjang acara berlangsung juga boleh dimenangi,” kata Shamsul Azhar.
Sementara itu, Khairul Anwar pula berkata acara berkenaan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
“Kami tak sabar untuk mengisi lebih banyak lagi input menarik pada tahun hadapan. Tapi kami juga mahu 2023 menjadi memori dan kenangan terindah buat bakal pasangan mempelai.
“Tak perlu fikir panjang lagi, jom serbu Wangsa Walk. Nak cari lokasi dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin dan perancang perkahwinan inilah destinasi yang harus ditujui.
Ekspo Ijab Qabul 2023 Destinasi Wajib Untuk Bakal Mempelai
“Umpama pusat sehenti berguna, acara ini juga menawarkan pilihan katering, kek kahwin, kad kahwin, doorgift, hantaran, gubahan bunga, foto, video kahwin, pakej bulan madu dan macam-macam lagi,” kata Khairul Anwar.
Untuk rekod, tahun ini merupakan edisi ketiga ekspo ini dijalankan. Ryan Deedat dan personaliti TV, Syamira Nazir turut sekali bertindak sebagai hos utama acara berkenaan.
Nightbloom Events ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beribu pejabat di Setia Alam, Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...