Program Jom Ziarah Gereja, Dibatalkan Selepas Wujud Bantahan Ramai

Share

Program Jom Ziarah Gereja, Dibatalkan Selepas Wujud Bantahan Ramai. Program jom ziarah gereja, dibatalkan selepas wujud bantahan ramai.  Inisiatif di bawah ‘Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) program Jom Ziarah Gereja mendapat reaksi berbeza dari masyarakat.

Program Jom Ziarah Gereja

Terkini memetik laporan Berita Harian, program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang dijadualkan hari ini di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, dibatalkan oleh pihak penganjur.

Program berkenaan adalah satu inisiatif bawah ‘Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir ketika dihubungi BH berkata, program berkenaan tidak akan berlangsung esok susulan keputusan Menteri KBS, Hannah Yeoh di Parlimen, baru-baru ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Teguran Terbuka Liza Hanim “Jagalah Kehormatan Kita Sebagai Wanita. Jaga Agama Kita Islam”

Teguran Terbuka Liza Hanim “Jagalah Kehormatan Kita Sebagai Wanita. Jaga Agama Kita Islam”

“Mengata Orang Boleh, Tak Tabayyun Pun”. Nama Dipetik Suami Ustazah Afifah, Amin Idris Sedia Ke Mahkamah

 

Difahamkan, paderi gereja berkenaan Paderi Gregory Chan juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Dibatalkan Selepas Wujud Bantahan Ramai

Inisiatif program dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.

Selasa lalu, Menteri KBS, Hannah Yeoh turut menjelaskan di Dewan Rakyat ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023, bahawa program berkenaan tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja.

Beliau dilaporkan berkata, program berkenaan bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.

“Mengenai pendaftaran Jom Ziarah Gereja, pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan membabitkan penyertaan belia muslim dan tidak ada belia muslim yang akan memasuki gereja ini.

“Ia juga bukan dilakukan dengan niat memberi gambaran bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama seperti anggapan beberapa pihak,” katanya.

Semalam, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis terhadap Hannah, mendakwanya menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam melalui program yang dikaitkan dengan kementeriannya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros