Profesor Di Jepun Cipta Prototaip Jilat Skrin TV, Boleh Rasa Makanan Sebenar!

Share

Kadang kala ‘kreativiti’ memang di luar kotak pemikiran. Siapa sangka makanan yang dilihat di ‘skrin’ kini boleh dirasai sendiri dengan hanya menjilatnya.

Terbaru, seorang profesor di Jepun membangunkan prototaip skrin televisyen yang boleh mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.

Taste The TV

Skrin yang dinamakan Taste the TV itu dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih. Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin televisyen yang rata untuk dirasai oleh pengguna.

Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, teknologi itu boleh menggalakkan orang ramai berhubung dengan dunia luar, terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.

“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.

Kos 100,000 Yen

Projek itu dilakukan oleh Miyashita dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu, termasuk garfu.

Miyashita memberitahu, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.

Baca Lagi Di Sini:
Suntikan Mikrocip Bersaiz Sebutir BERAS Di Lengan, Mudahkan Pelbagai Urusan Harian!

Mingguan Wanita:Terlebih kreatif Profesor dari Jepun ni, hasilkan ciptaan prototaip skrin televisyen yang boleh dijilat untuk rasa makanan sebenar.Persoalannya, sanggup ke kita ‘jilat’ skrin semata-mata nak rasa makanan tersebut?

Sumber: Utusan Malaysia

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab