Ujian buat seorang anak, bukan ketika mak dan ayahnya sihat. Ketika mak dan ayah uzur tak berdaya nak bangun itulah sebenar-benar ujian buat seorang anak. Ikhlaskah anak-anak mahu menjaga mak dan ayahnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Kisah yang dikongsikan Nabila Isa ini tentang perjalanan singkatnya ketika ke kawasan LRT Putra PWTC yang dijodohkan dengan Allah bertemu dengan seorang pakcik Hassan yang sekian lama tak ditemui.
“Pakcik ini nama dia Hassan. Dia orang Teluk Intan. Saya dah perasaan bertahun-tahun lamanya pakcik ni kat area Putra PWTC, area Chow Kit KL. Cuma tak ada kesempatan nak tegur lebih-lebih.” Bicara Nabila yang sempat menghulurkan sedikit duit untuk pakcik Hassan.
Cerita Nabila lagi, selepas isteri pakcik Hassan meninggal. Pakcik Hassan pun berhijrah ke Kuala Lumpur. Sendirian.
“Umurnya dalam lingkungan 68 tahun. Sebaya ayah saya. Sedih tengok pakcik ini.”
Tambah Nabila lagi, anak-anak pakcik Hassan ada 3 orang. 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Kesemuanya sudah mendirikan rumah tangga. Ada tanggungjawab keluarga.
Hasil bersembang dengan pakcik Hassan fahamlah Nabila mengapa orang tua ini berjalan sendirian tanpa penjagaan anak-anak.
“Rasanya pakcik ini bawa diri sorang-sorang kat tengah-tengah ibu kota ini sebab merajuk anak dia tak sudi jaga dia.
“And maybelah dia rasa dia tak nak menyusahkan anak. Dia tak nak cakap tapi saya tanya dia banyak kali. Dia bagitahu juga.”
Benarlah seperti apa yang dipesan oleh Nabila ini. “Dah berkahwin bukan tiket untuk anak-anak buang mak ayah masa tua.”
Pakcik Ini Buat Teringat Ayah Yang Strok Di Rumah
Bimbang perkara yang sama akan berbalik ke diri sendiri. “Tengok wajah pakcik ini rasa ayah sendiri tahu? Tak kisahlah kalau bapa macam mana masa muda dulu. Garang ke, apa ke tapi janganlah buang diaorang.”
Moga anak-anak tak lupa dulu mak ayah yang sekolahkan, beri makan. Macam mana tugas sebagai seorang bapa, macam itulah yang dia lakukan.
Sekarang ini kata Nabila baju dan makan pakcik Hassan dari sedekah orang ramai. Pakcik Hassan juga tumpang tidur di masjid Kampung Pandan.
“Dia semput. Cakap banyak-banyak pun semput. Biasalah orang tua. Mata pun tak berapa nampak. Rabun jauh. Dekat-dekat dia nampaklah.
“Tapi memori dia boleh tahan. Dia ingat saya dulu selalu sedekahkan dia duit kalau terserempak. Cuma sekarang jarang naik train. So, tak jumpa selalu.
“Hari ini pula berjodohan jumpa pakcik Hassan balik. Sedih. cakap-cakap macam tu pun boleh sebak teringat ayah kat rumah yang stroke langsung tak boleh jalan.
“Alhamdulillah ada anak-anak jaga. Ni anak pakcik ini bapa sihat boleh jalan macam ni pun tak terbela. Moga Allah jauhkan kita dari jadi anak derhaka.”
Pesan Nabila lagi, kalau ternampak pakcik ini ringan-ringankan tangan sedekah, bagi makanan atau pakaian pun ok. “Anggap macam ayah sendiri ya.”
Saya Minta Maaf Andai Kata Ini Teraib Sesiapa
Tak ada niat pun nak aibkan sesiapa. Ambil positif dari kisah pakcik Hassan. Seebenarnya banyak lagi orang tua yang diabaikan anak-anak. Kalau pergi hospital tu lagi sedih.
Macam-macam hal. Boleh tanya nurse dan doktor. Mak ayah sakit anak-anak tak jenguk pun.
Pernah sekali saya perhati terjebik-jebik pakcik tu tengok tingkap dari katil hospital. Mungkin mengenangkan nasib sakit, anak pula tak jenguk. Sibuk bekerja mungkin.
“Macam mana busy pun kita, cubalah tanya khabar orang tua kita. Yang mana jaga tu Alhamdulillah. Jangan abaikan diaorang. Macam mana kita jadi ibu bapa, macam itulah diaorang dulu dah lakukan tugas tu terlebih dahulu.”
Ayah kita mungkin tegas dalam mendidik tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak-anak. Dalam ketegasan itu tanpa kita sedar dia melindungi dan mendidik kita jadi orang yang berguna.
Andai kata ada silap yang lebih teruk lagi dia lakukan mungkin itu dulu. Siapa pun boleh berubah kan?
Pada anak pakcik Hassan belum terlambat lagi nak berubah. Minta ampun dekat ayah tu sementara masih sempat. Saya memang bukan orang baik sangat pun. Tapi bab mak ayah saya sangat pentingkan diaorang.
“Ada mak ayah sekali saja seumur hidup. Saya sayangkan diaorang sangat-sangat”
Walaupun ayah tu garang selalu pukul anak-anak dan marah-marah. Tapi tu dulu. Sekarang dia dah terbaring je tak mampu buat apa-apa. Tu semua sebab demi sara anak-anak dia.
Dia korbankan diri dia tak dapatkan rawatan awal. Kita jangan judge orang lain sebab satu salah. Cuba cari kebaikan pada dia. Mungkin ada alasan tersendiri. memaafkan itu lebih indah.
Sumber/Foto : Nabila Isa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI