Profesor madya akui silibus tahun satu terlalu rumit & tak sesuai daya intelektual murid. Semalam guru cemerlang, Cikgu Mohd Fadli didapati tidak bersalah oleh Lembaga Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dan bebas dari semua pertuduhan selepas pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Membangkitkan enam perkara antaranya isu beg sekolah berat, silibus soalan terlalu tinggi, murid terlalu ramai dalam satu kelas, masa belajar subjek terhad dan lain lagi dan dirinya didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
Hal Cikgu Mohd Fadli barangkali sudah selesai dengan Lembaga Tatatertib namun masih ramai mak ayah yang mahu tahu apa solusi kepada pendidikan dalam negara khususnya melibatkan silibus yang dikatakan tak sesuai dengan usia anak-anak.
Ini kerana banyak contoh di negara maju, murid tahun satu masih diberi soalan asas bagi mencipta keseronokan datang ke sekolah. Namun di negara kita, soalan-soalan ini dibentuk seolah murid tahun satu bakal dilantik sebagai ahli korporat atau menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bapa Menetap Di US Kongsi Silibus Grade 1, Level Tadika Jer. Di Malaysia Macam Exam Nak Jadi PTD
Ibu Rasa Nak Bakar Degree, Tak Mampu Ajar Anak Jawab Math Darjah 1. Soalan “Membunuh”
Pasti di pihak ibu bapa mahu tahu sampai bila isu silibus berat ini dapat diselesaikan?
Memetik dari Sinar Harian, silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan mereka dan tidak bersifat terlalu sukar sehingga membebankan.
Menurut Pakar Pendidikan, Prof Madya Dr Hasnah Toran, ia kerana, murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.
Ujar Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, silibus murid di tahap satu kini diakui terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan daya intelektual mereka.
“Silibus yang terlalu tinggi akan menyukarkan mereka memahaminya dan berisiko menyebabkan mereka keciciran pula dalam kemahiran asas.
“Pembuat dasar sepatutnya kena fikir untuk memantapkan kemahiran tersebut dahulu dalam diri murid berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Hasnah memberitahu, tidak semua dalam kalangan mereka mempunyai daya intelektual yang sama disebabkan latar kehidupan berbeza terutama pelajar tahap satu di luar bandar.
“Ramai dalam kalangan murid tahap satu yang tinggal di luar bandar tidak mendapat pendidikan awal sebenarnya. Ketika mereka baru sahaja memasuki alam persekolahan, cara pegang pensil pun mereka tidak tahu,” ujarnya.
Jelas beliau, apa sahaja silibus terbaru yang ingin dilaksanakan dalam dasar pendidikan perlu juga mengambil kira kemampuan emosi para murid.
“Kadang-kadang, kita rasa perlu terkehadapan dalam soal pendidikan sehinggakan silibus pelajaran darjah empat kita bawa kepada pelajar darjah dua. Adakah kita terfikir mereka mampu menghadapinya?” soalnya.
Ulas Hasnah, ia boleh menyebabkan diri murid menjadi tertekan dan menjatuhkan semangat mereka dalam pembelajaran.
“Akhirnya mereka rasa diri mereka kurang pandai dan tidak berguna serta tiada rasa minat lagi untuk belajar,” tambah beliau.