Pakar Motivasi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad atau Prof Muhaya memohon maaf selepas timbulnya kontroversi perkataan ‘buat bodoh-bodoh’ yang membabitkan dirinya.
Menerusi sebuah entri hantaran di laman media sosial, akaun Facebook miliknya, Prof Muhaya mengambil tanggungjawab memohon maaf atas salah faham yang timbul dan berterima kasih kepada semua yang mengambil berat isu tersebut.
Prof Muhaya Mohon Maaf
“PENJELASAN ISU ‘BUAT BODOH-BODOH’
“Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular semalam.
“Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.
“Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.
Timbulkan Pelbagai Reaksi Kurang Senang
“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.
“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.
“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.
“Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA (swipe up story untuk tonton video penuh).
Ads
Bonda Doakan Wanita Semua Berjaya
“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.
“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.
“Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat,” terang Prof Muhaya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Bagi membantu semua pihak termasuklah mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan masih terkandas di kampung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kajian tentang operasi pengangkutan awam.
Setakat ini, operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk merentas negeri dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sekiranya langkah ini diambil sudah tentu akan membantu ramai pihak.
PDRM Laksana Kajian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan kajian terperinci berkaitan operasi pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk membolehkan mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak pulang ke kediaman masing-masing di bandar.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada hampir semua sektor di negara ini.
“Kajian yang dilaksanakan oleh PDRM ini turut meliputi soal berapa jumlah bas yang dibenarkan untuk bergerak pada 7 hingga 10 Mei nanti jika ia dibenarkan beroperasi.
“Saya percaya polis akan melihat perkara ini secara terperinci dan menyelesaikan permasalahan mereka yang terkandas di kampung,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Ditanya adakah pergerakan rentas daerah dan masa orang awam berada di atas jalan raya masih dihadkan, beliau berkata, pergerakan antara daerah dibenarkan dan tiada masa dihadkan untuk keluar.
“Dalam peraturan baharu tidak ada had dan sekatan perjalanan antara daerah. Cuma buat masa sekarang ada sekatan pergerakan antara negeri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Sekiranya perkhidmatan atau operasi bas ekspres dibenarkan maka bukan sahaja membantu mak, ayah yang masih terkandas di kampung halaman untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak ketinggalan membantu syarikat bas dalam menjana pendapatan kembali setelah terjejas sepanjang PKP dijalankan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Petang semalam heboh diperkatakan tentang pelakon Natasha Hudson selepas dia menggayakan gaun putih yang menampakkan seolah-olah sebahagian bahu kanannya.
Gaun yang direka oleh Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen.
Gaun Putih Tidak Sesuai Dengan Imej Natasha Yang Bertudung
Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imej nya bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
Tak Salahkan Sesiapa
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa, lantaklah,” katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.
Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkkan bahu itu sebagai hal besar.
“Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” luahnya yang bersyukur diberi peluang menjadi wajah wakilan produk suplemen kulit tersebut. Pada majlis pelancaran produk itu, Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.
Lelaki ini, Azmeer Yusof merupakan bekas pemain skuad Lang Merah. Miliki sekeping hati yang pemurah. Tak berkira, malah rela hati memberikan rumahnya untuk digunakan oleh bakal pengantin secara PERCUMA untuk majlis perkahwinan mereka.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azmeer di laman facebooknya hari ini. Kongsinya,
Bakal Pengantin, Gunakan Rumah Saya Secara PERCUMA..
“Rumah saya tak sebesar BANGLO yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik BANGLO yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.
Tapi saya ingin TAWARKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG NAK BERKAHWIN, GUNAKAN RUMAH SAYA SECARA PERCUMA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. TAPAK RUMAH SAYA MEMUATKAN 4 biji KHEMAH.
Rumah saya mempunyai 4 bilik, 1 bilik air, 1 tandas, 6 aircond. BERALAMAT di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.
Kepada BAKAL PENGANTIN & MAK AYAH PENGANTIN, TOLONG JIMATKAN DUIT ANDA dari SEWA DEWAN atau HOTEL atau apa-apa sahaja.
I have my an experience, KEHIDUPAN selepas BERKAHWIN lebih PENTING dari SEBELUM BERKAHWIN.
Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. PERCUMA SAHAJA. Jika nak hulurkan juga saguhati, just beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof ( PPAY ). Saya tidak akan ambil 1 sen pun.
KATA GURU SAYA, ALLAH AKAN TANYA SETIAP HARTA YANG KITA ADA DI DALAM DUNIA INI. APA KITA BUAT DENGAN HARTA TERSEBUT? KE MANA DUIT YANG KITA BELANJAKAN? DAN SEBAGAINYA MILIK KITA, ALLAH AKAN TANYA.
Ketika ini, Azmeer sudah bergelar usahawan muda yang memiliki beberapa perniagaan. Antaranya rangkaian kedai gunting rambut AY Barbershop di sekitar utara selain buku mengenai kisah hidupnya. Beliau juga giat membangunkan pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran.
MW : Semoga usaha Azmeer memberi kesenangan kepada keluarga dan bakal pengantin dan semakin dilimpahi rezekiNya di atas kemurahan hatinya itu.