Prof Muhaya Juga Manusia, Rupanya Bukan Mudah Bergelar Ratu Transformasi Minda

Share

Setiap kata-kata dan pengkongsian Prof Datuk Dr Muhaya memang cukup memberi inspirasi setiap dari kita. Kadang-kadang wajah keibuan beliau membuatkan hati kita yang gundah sekelip mata menjadi tenang dan positif setelah mendengar nasihat dan kata-kata motivasinya.

Rupanya perjalanan hidup Prof Muhaya bukanlah indah seperti yang kita sangkakan. Beliau juga manusia biasa, pernah diuji seperti orang lain. Tetapi beliau tak pernah menjadikan setiap ujian itu sebagai alasan untuk dia patah semangat dan putus asa. Rupanya bukan mudah bergelar rati Transformasi Negara.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna ini:
[ Lepas Berada Dalam Circle Beliau, Baru Saya Tahu Prof Muhaya Juga Pernah Mendapat Ujian Yang Berat Dalam Hidup ]

Siapa tidak kenal dengan Prof Datuk Dr Muhaya kan. Orangnya hebat. Dari raut wajah terpancar seorang yang bahagia dan sangat tenang. Sentiasa bermotivasi tinggi dan auranya luar biasa.

Namun saya percaya, beliau juga manusia biasa yang mengalami jatuh bangun kehidupan. Bukan mudah mahu bergelar Ratu Transformasi Minda Negara ni.
Jadi semenjak saya terpilih bersama Prof di dalam circle nya, ada beberapa kisah peribadinya yang baru saya tahu.

Mari kita ambil sebutir dua hikmah daripada kisah kehidupan Prof. Kita selami satu persatu ya.

1. Prof Muhaya pernah kehilangan anak lelakinya iaitu arwah Mohd Hilman yang meninggal dunia secara tiba-tiba sekitar tahun 2000.
Walau bagaimanapun, kehilangan itu menguatkan pegangannya terhadap qada dan qadar.
Beliau redha dengan pemergian si kecil itu kerana sebagai muslimah, Prof yakin kehilangan anak bukanlah satu kerugian, tetapi adalah aset yang membantunya kelak di padang mahsyar.
.
.

2. Ibu bapa Prof Muhaya juga pernah bercerai.
Prof Muhaya percaya menjadi gadis yang dibesarkan dalam keadaan ibu bapa bercerai, juga boleh berjaya seperti orang lain.
Tiga bulan sebelum SPM, mak dan ayah Prof berpisah. Tekanan itu memang dirasai tetapi ayahnya berpesan, jangan jadikan hal itu sebagai penghalang kerana kalau kita bagus, dalam apa jua situasi pun kita boleh mencipta kejayaan.
Disitu beliau belajar bahawa gadis yang hebat itu percaya bahawa keretakan rumah tangga ibu bapa bukan alasan untuk mereka patah semangat, bahkan mereka boleh bangkit kerana memandang semua yang berlaku pasti ada hikmah yang lebih baik.
.
.


3. Prof Dr Muhaya percaya karier selain Ustazah bukan penghalang untuk kita menjadi pendakwah.
Pernah satu hari ada pesakit kronik berjumpa dengan beliau, dan menunggu masa untuk meninggal dunia.
Beliau berpesan dan tekankan bahawa mati itu pasti, sekurang-kurangnya bagi insan yang dijangka umurnya singkat, mereka mempunyai masa untuk beribadah lebih, kerana ada juga kematian berlaku secara tiba-tiba.
Melalui kata-kata tersebut, Prof Dr Muhaya berjaya membuktikan bahawa dalam apa jua bidang, kita semua berpeluang untuk berdakwah.
.
.

4. Prof Muhaya sudah pun jutawan. Walaubagaimanapun, jarang sekali beliau berkongsi gambar bercuti di luar negara, mendedahkan harta, selfie dengan barangan mahal dan sebagainya.
Beliau sedar, bersederhana itu identiti utama seorang muslimah. Berbangga-bangga pula boleh merosakkan kualiti itu. Iman kita orang perempuan kan senipis kulit bawang, jadi kena jaga sebaiknya.
.
.

5. Prof pernah menyertai program ratu cantik semasa di sekolah menengah dan yang menariknya beliau adalah juara.
Siapa tak mahu tonjolkan bakat kan. Kebetulan sekolahnya perempuan sahaja, jadi Prof tidak janggal. Beliau boleh melawa sesama mereka.
Beliau sarankan bakat wanita jangan disekat, tetapi disalurkan pada jalan yang betul.
Ini yang membantu Prof membesar sebagai wanita yang menjaga syariat. Tahu di mana dan pada lingkungan mana untuk tonjolkan bakat. Bakat seiring syariat, baru berkat kan.
.

Begitulah 5 inspirasi yang saya rasa teruja nak kongsikan tentang Prof Datuk Dr Muhaya.
Harini saya sangat gembira kerana menerima hadiah istimewa daripada Prof. Sehelai shawl eksklusif.
Kerana terlalu teruja, saya siap photoshoot dengan shawl positif ni.
Supaya wanita lain kita lebih bermotivasi, jom kongsikan kisah inspirasi ini di wall anda.
Idolakan orang yang tepat, supaya Allah hadirkan berkat dalam perjalanan dunia akhirat.
#PMC
#WomenInspiration

Sumber: Saidatul Husna

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Semua manusia diuji, tidak kiralah siapa kita di dunia ini. Tidak kiralah yang berada di atas atau di bawah, masing-masing punya ujian sendiri.

Published by
Nur Syazwani Mehat