Anugerah penghargaan jenama tahunan, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 pasti menjadi sebutan di kalangan pelanggan setia guardian yang mementingkan produk penjagaan diri yang berkualiti sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Mana tidaknya, ianya menjadi lubuk menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan paling digemari oleh para pelanggan.
Guardian sememangnya menghargai para pelanggannya dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan terhadap Guardian Awards Beauty & Wellness 2024. Antaranya termasuklah memperkenalkan dua kategori baharu iaitu kategori Best Sellers 2024 serta kategori Produk Pilihan Pakar yang menampilkan lima pakar industri terkemuka yang ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini yang terdapat di pasaran.
Bukan calang-calang pakar yang dipilih oleh guardian kali ini demi memastikan produk yang disenaraikan menepati keperluan dan kegunaan para pelanggan di guardian.
Pakar-pakar ini terdiri daripada Pakar Dermatologi Estetik dan Pencipta Kandungan Dr Lim Ing Kean, Doktor Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan Dr Amanda Elli, Personaliti Kecerdasan dan Kesejahteraan Joanna Soh dan Jurusolek Japhet Bong.
Penolong Editor Mingguan Wanita, Rosmah Idayu Abu Samah turut terpilih sebagai juri untuk menilai 54 produk tersebut berdasarkan beberapa kategori antaranya termasuklah Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik.
“Sebagai seorang Penolong Editor yang telah bertahun-tahun meneroka dunia produk kecantikan dan kesihatan, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 memberikan saya peluang luar biasa untuk menyelami pelbagai produk yang menjanjikan untuk meningkatkan rutin harian.
Selepas mencuba dan menguji pelbagai produk, saya teruja untuk berkongsi pilihan terbaik saya dan sebab-sebab di sebalik pilihan tersebut,” ujar Rosmah Idayu Abu Samah yang diberi kesempatan mencuba pelbagai produk yang memasuki ranking pilihan pengguna.
Tambahnya lagi, memilih produk terbaik bukanlah tugas yang mudah, memandangkan pelbagai produk yang mengagumkan tersenarai untuk dipilih.
“Pilihan saya dipacu oleh gabungan keberkesanan, inovasi, dan keupayaan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Guardian menawarkan pelbagai koleksi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang luas, masing-masing memainkan peranan penting dalam mewujudkan rutin kecantikan yang menyeluruh.
Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 menonjolkan pelbagai produk terbaik dalam kecantikan dan kesihatan. Selain itu, ia mempamerkan produk yang benar-benar membuat perbezaan.
Setiap produk dipilih telah membuktikan keberkesanannya melalui prestasi yang luar biasa dan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pengguna. Sebagai pengguna, jangan lepaskan peluang untuk meneroka produk-produk hebat ini dan merasai sendiri manfaatnya melalui proses undian yang dijalankan.
Bukan hanya memilih pemenang jenama di kalangan pakar, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 turut melibatkan penglibatan para pelanggan untuk mengundi jenama kesayangan mereka daripada 85 subkategori merentasi segmen kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan dalam bahagian kegemaran peminat.
Melalui proses undian, para pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua hadiah utama berupa Samsung Galaxy S24+ beserta baucer guardian bernilai RM500 setiap seorang. Selain itu, semua penyertaan yang berjaya juga akan menerima e-baucer guardian bernilai RM10.
Sepanjang tempoh peraduan hingga 2 Julai ini, guardian mengadakan pelbagai promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk beberapa barangan.
Cara membuat undian juga amat mudah. Para pelanggan hanya perlu log masuk ke laman web peraduan https://guardianawards.com.my/fan-favourites dan mula mengundi. Inilah masa terbaik untuk memilih jenama yang dekat di hati anda, dan dikongsi bersama pelanggan guardian yang lain!