Kecantikan

Produk Kecantikan Korea Halal Kini Di Malaysia. Rezeki Fatin Afeefa Jadi Wajah Eksklusif!

Share

Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya sudah banyak menggunakan produk penjagaan kulit berasal dari Korea untuk mendapatkan kulit halus dan cantik bak selebriti Korea. Kini, anda boleh mencuba produk kecantikan halal dan vegan, L.Soulle yang kini sudah tiba di Malaysia. Ia dirumus khas untuk memenuhi keperluan kaum wanita khususnya dalam rutin penjagaan kulit.

Tuah selebriti Fatin Afeefa dilantik menjadi wajah eksklusif produk ini  yang disifatkan sebagai cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.

Istimewanya produk ini ialah L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan Halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.

L.Soulle merupakan jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.

Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea, dan barisan produknya terdiri daripada 5 jenis: “Moisturizing Miracle Mist Toner”, “Serum”, “Moisturizing Cream”, “Sunscreen”, dan “Sun Cushion”. Produk “Mist Toner” dan “Sun Cushion” telah dipilih sebagai produk terbaik di ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan No.1 Korea ‘Hwahae’ dan menerima simbol anugerah.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran personaliti undangan dari Korea, Maryam You Narae yang berkongsi serba sedikit testimoni mencuba produk tersebut.

“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi, jelas Maryam.

“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia. Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan,” jelas Fatin pula.

Produk L’soulle ini boleh didapati menerusi platform Shoppe, Lazada L.Soulle Malaysia serta Aeon Wellness.

Published by
Rosmah Idayu